Pankaja Kasthuri – rawatan alternatif untuk batuk dan selsema
Assalamualaikum,
Ramai yang bertanya macam mana rupanya pankaja kasthuri yang dikatakan bagus untuk menyembuhkan batuk dan selsema terutama bagi kanak-kanak tu. Disebabkan kesibukan yang tak dapat saya elakkan asik tertangguh saja posting saya untuk pankaja kasthuri ni.
Jadi hari ni saya akan berkongsi info tentang pankaja kasthuri.
Gambar diatas adalah rupa bekas pankaja kasthuri yang ada kat rumah saya sekarang. Tapi tadi masa surf kat google, terjumpa pula web pankaja kasthuri ni. Patut lah rasa macam susah je nak jumpa pankaja kasthuri tiap kali pergi cari kat farmasi, rupa-rupanya dah tukar packaging. Almaklumlah dalam kepala dah set cari bekas hijau tapi tak jumpa-jumpa. Dah beberapa bulan saya dok merayap cari tapi tak jumpa juga sebab stok yang ada kat rumah dah hampir nak habis.
Jadi ni lah rupa terbaru packaging pankaja kasthuri..
Pankaja Kasthuri ni sebenarnya adalah persediaan herba Ayurveda berasal dari India. Pankaja kasthuri ini merupakan rawatan alternatif bagi menyembuh batuk dan selsema. Selain dari itu ia juga membantu meningkatkan imunisasi dan pertahanan tubuh. Rasanya ada pedas-pedas manis, dalam bentuk serbuk yang kasar2. Kalau nak makan kiranya kena kunyah juga lah, tak boleh main telan je. Jadi ianya lebih sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.
Tapi jika anda nak cuba berikan pada anak-anak kecil yang 2 tahun ke bawah atau yang dah besar sikit tapi liat nak makan macam tu saja, boleh cuba cara berikut :
1/2 sudu pankaja kasthuri (atau ikut dos yang di syorkan, biasanya ada cakap kat botol pankaja tu..) dicampurkan dengan 1 sudu madu (atau kurang , yang ni anda boleh adjust ikut tahap manis yang anda mahu..) dan 3 sudu air panas. Kacau sampai semuanya hancur, lepas tu bagi lah anak minum. Air panas tu tak payah letak banyak2, nanti lagi susah nak habiskan pula.
Bahan-bahan yang ada dalam pankaja kasthuri ni antaranya ialah halia yang dikeringkan dan lada hitam. Sebab tu lah ada rasa pedas-pedas sikit.
Mana nak cari pankaja kasthuri…? soalan cepu emas ni. Sebab saya pun tak pasti kat mana yang ada jual kat seluruh Malaysia ni. Tapi anda boleh cuba baca info lanjut dan dapatkan senarai pengedar dari link berikut >> pengedar pankaja kasthuri <<
Juga, jika anda nak dapatkan info lanjut tentang pankaja kasthuri, boleh baca di link berikut :
1. >> Kelebihan Pankaja Kasthuri untuk menyembuhkan batuk dan selsema kanak-kanak <<
2. >> Batuk dan selsema pada kanak-kanak <<
Cuma jangan lah pula anda order dari kedua-dua link di atas. Jenuh nak bayar caj pos nye nanti sebab akan di pos dari India..he..he..
Dari pengalaman dan pemerhatian saya sendiri, saya dan suami telah berikan pankaja kasthuri ni pada anak bongsu kami sejak umurnya setahun lebih disamping rawatan di Klinik Wangsa (anak saya ni pernah masuk hospital masa umur 2 bulan disebabkan oleh jangkitan pada paru-paru akibat dari batuk dan selsema). Alhamdulillah, sekarang ni (umur anak saya dah 3 tahun lebih.. kiranya dah hampir 2 tahun lebih gunakan pankaja kasthuri) anak saya tidak lagi mengalami selsema dan batuk yang berpanjangan. Biasanya kalau selsema dan batuk pun sekejap saja. Malahan, kalau selsema saja dia mesti mintak nak makan ‘ubat kaja’. Kami juga dah lama tak berkunjung ke Klinik Wangsa sebab anak saya tu dah jarang sangat kena selsema dan batuk yang memerlukan rawatan.
Okay, itu saja untuk kali ni. Insya allah saya akan kongsikan lagi info berkaitan dengan bersalin dan penjagaan kanak-kanak nanti.
Wasalam
Kak Faz
ps : teringat masa pergi rumah kakak saya di Kuching, Sarawak. Bila balik sini pankaja kasthuri tertinggal kat sana. Disebabkan tak jumpa cari bekas hijau kat farmasi, saya minta kakak pos kan semula pankaja kasthuri pada saya…hu…hu..
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin .