Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Testimoni dari pelanggan bengkung moden – Puan Azizan Abdul Aziz (part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni kita sambung part 2 untuk testimoni dari Puan Azizah yang saya post pada minggu lepas iaitu jawapan kepada soalan yang Puan Azizah tanya dalam testimoni tu (kira 2 in 1 lah ni :  testimoni + soalan..)
Dan ini lah jawapan saya :)
Waalaikummussalam puan…

Insya allah rasanya ingat lagi :)

Ok, untuk kes macam puan ni memang biasa kalau perut + badan naik semula lepas dah habis pantang disebabkan oleh tabiat makan.

Yang akak boleh sarankan :

1. Pakai bengkung + gel sireh semula , kalau boleh tiap-tiap hari siang + malam tak kira lah dalam ofis ber – aircond pun. Sebab bila pakai bengkung perut cepat kenyang setiap kali makan dan ini secara tidak langsung akan mengurangkn kuantiti makanan yang di ambil

2. Lebihkan minum air suam. Kalau nak minum air manis cuba ambil jus kurma atau jus pegaga., atau milo panas, horlick atau lai chi kang panas / longan panas. Jus kurma, pegaga dan longan tu boleh membantu untuk tambah susu ibu.

3.  Cuba ambil makanan alternatif = buah kurma dan kismis sebagai kudapan.Selain membantu tambah susu ibu, kurma juga boleh memberikan tenaga

4. Selain dari tips diatas akak juga selalu sarankan pada pelanggan supaya pakai bengkung secepat yang boleh bila terasa perut dah mula nak naik. Pakai secara berterusan sampai perut rasa dah ok semula.

5. Juga, pakai bengkung 24 jam siang dan malam bila period

6. Dan… tak lama lagi nak masuk bulan puasa. Pakai bengkung sepanjang waktu bulan Ramadhan sampai habis Syawal. Sebabnya ramadhan memang kita kurang makan tapi banyak makan waktu malam. Lepas tu sambung pula makan sakan sepanjang Syawal sebab banyak open house. Bila pakai bngkung tak lah larat sangat nak makan banyak-banyak.

7. Boleh juga cuba makan jamu, tapi pastikan dulu yang ianya selamat untuk diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.

Harap tips di atas membantu puan ye.

Kak Fazidah

ps : sebenarnya dah schedule untuk post ni keluar 2 hari lepas part 1 untuk testimoni tu. Tapi ada kesilapan dari segi setting sampai tak keluar langsung pos ni. So kena lah saya post secara manual aje..

bengkung moden, bersalin cesarean

Related posts:

  1. Testimoni terbaru dari pelanggan bengkung moden – Puan Azizan Abdul Aziz Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni saya nak berkongsi email...
  2. Testimoni terbaru dari pelanggan bengkung moden yang berpuas hati Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog bengkung moden Apa...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin .

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>