Tag Archives: diet

Rahsia Langsingkan Badan dengan Minyak Zaitun

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

gemuk

Adakah anda pernah mengalami masalah seperti di atas, pakaian dah jadi sempit dan tak muat.Hari ini saya nak kongsikan satu tips diet dengan menggunakan minyak zaitun,bukan sahaja tidak melibatkan kos yang tinggi namun ia memang berkesan.

Seperti yang kebanyakkan kita tahu, minyak zaitun adalah lemak yang diperolehi dari zaitun, pokok ini berasal dari Mediterranean Basin. Minyak dapat dihasilkan dengan mengisar buah zaitun tersebut untuk menghasilkan ekstrak minyak dengan cara mekanikal ataupun kimia.

Biasanya masyarakat kita akan gunakan minyak zaitun ini dalam masakan, kosmetik, perubatan, sabun, dan sebagai bahan bakar untuk lampu minyak tradisional.

Extra Virgin Olive Oil ; minyak paling murni dengan kadar 0,5-1% dengan warna hijau pekat. Zaitun tambahan murni, zaitun mentah yang mengalami tahap pemprosesan paling sedikit dan mempunyai aroma. Harganya paling mahal di antara minyak zaitun lain. Namun apa kaitannya dengan usaha kita untuk mendapatkan tubuh yang langsing??

Extra-Virgin-Olive-Oil

Jom kita cuba ambil 2 sudu  makan  minyak zaitun 2 jam sebelum makan. Ini adalah kerana, otak menghasilkan hormon leptin dan ghrelin. Leptin adalah hormon yang memberikan kita rasa kenyang. Sementara ghrelin sebaliknya, ia adalah hormon untuk rasa lapar. Setiap 30 minit hormon ini dirembeskan. Hormon tersebut akanm menghantar mesej ke otak yang memberitahu kita sedang lapar.

minyak-zaitun

Ketika kita mengambil minyak zaitun maka otak akan mengarahkan tisu adipos untuk menghasilkan hormon leptin, dan sekaligus menimbulkan rasa kenyang. Hebatnya otak manusia berfungsi..Sebab itulah bila kita nak makan selepas mengambil minyak zaitun ini kita akan cepat rasa kenyang.

Minyak Zaitun juga bermanfaat untuk:

  • Mengurangkan kolesterol berbahaya.
  • Mengurangkan risiko terjadinya penyumbatan (trombosis) dan penebalan (arteriosklerosis) pembuluh darah.
  • Dapat mencegah timbulnya serangan kanser dalam tubuh, antara lain kanser payudara, kanser rahim dan kanser kulit (melanoma).
  • Berkhasiat mengurangkan keradangan sendi. Mengelakkan pembentukan batu hempedu ( gallstone ).

Jadi kalau nak sentiasa sihat,segar,awet muda ambil lah minyak zaitun sebagai makanan tambahan anda ye…sampai di sini je dulu artikel saya hari ini..moga bertemu di artikel yang lain..:) BELI BENGKUNG MODEN

Wasalam,

Kak Faz

bengkung bersalin termurah

Tips Mengelak Peningkatan Berat Badan Berlebihan Sewaktu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Waaahh… lama nya saya bercuti dari menulis di blog ni. Sampai berhabuk rasanya.. fuuhhh…fuhhh.. tiup habuk dulu kejap (huu…huu..)

Apa khabar anda semua?  Agaknya ada yang dah lupa pada saya. Memang salah saya sendiri pun, kena tanggung saja lah akibat nya jika dilupakan oleh anda semua.

Saya ok saja. Cuma biasalah ada kala nya teringin nak test benda dan teknik baru. Bila tak jadi, frust sekejap.

Dah lama saya tak kongsi tips kat sini walaupun banyak info dan tips yang berlegar dalam kepala dan banyak yang saya dah ‘ter’ lupa..

Untuk hari ni saya nak berkongsi 5 tips untuk mengelak dari berat badan naik terlalu banyak sewaktu tempoh hamil .

Biasanya sewaktu dalam tempoh kehamilan, kenaikan berat badan normal ialah antara 10 ke 15 kg dari berat sebelum hamil. Tapi selalu juga saya menerima dan membaca email pelanggan saya yang risau dengan kenaikan berat badan yang terlalu banyak dan melebihi paras kenaikan normal.

Tips berikut boleh membantu mereka yang menghadapi masalah yang sama :

1. Masak dan sediakan makanan sendiri

Makanan yang dimasak sendiri selalunya bukan saja lebih bersih tapi kita juga boleh pilih bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Masakan terbaik bagi mengelakkan pertambahan berat badan melebihi had adalah dengan cara membakar, memanggang dan secara stim kerana masakan begini tidak menggunakan minyak.

2. Makan secara sihat

Elakkan dari mengambil minuman bergas dan berperisa kerana minuman jenis ni selalunya menambah kandungan kalori. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Juga elakkan dari pengambilan makanan segera seperti KFC, McD, Pizza. Bercerita tentang makanan ni, teringat pula saya pada seorang pelanggan saya yang sudi berkongsi tips ni. Katanya, sewaktu hamil isterinya mengamalkan pengambilan kurma dan kismis sepanjang kehamilan bagi mengelakkan bayi dari demam kuning sewaktu dalam pantang. Dari segi kuantitinya pula, katanya tak banyak pun tak apa. Sekadar 3 biji sehari pun dah okay. Tapi kalau lebih pun apa salahnya sebab kurma dan kismis memang berkhasiat. Jika tidak masakan ia menjadi makanan pilihan Rasulullah s.a.w. 🙂

3. Jangan makan untuk 2 orang

Hamil tak bermakna anda kena makan banyak walaupun sewaktu hamil tu adalah waktu 2 in 1 , bagi yang hamil kembar pula 3 in 1 (satu badan ada 2 atau 3 nyawa termasuk nyawa ibu..). Jika anda kerap lapar, buah-buahan, kismis dan kurma boleh dijadikan kudapan sementara menunggu waktu makan.

4. Ambil supplemen

Supplemen boleh membantu melengkapkan nutrien pemakanan yang kurang dalam menu harian. Biasanya doktor memang ada berikan obimin dan kalsium sebagai sepplemen untuk ibu hamil. Selain dari itu, madu lebah juga sangat baik untuk dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiat nya yang banyak. Tapi pastikan madu yang asli ye 🙂

5.  Kerap berjalan dan lakukan senaman khas untuk kehamilan

Senaman ketika hamil sangat digalakkan kerana ia mampu memejalkan otot dan susuk tubuh, menguatkan otot pelvik dan memperbaiki postur tubuh. Orang tua-tua kata, kalau banyak berjalan nanti senang nak bersalin . Tapi tak semua orang ada masa nak berjalan-jalan ditaman. Rumah sekarang pun saiz nye banyak yang kecik-kecik aje. Baru menapak 3 ke 4 langkah dari bilik dah sampai dapur.  Oleh itu saya kongsikan video di bawah yang boleh anda rujuk untuk senaman yang selamat bagi ibu-ibu yang sedang hamil.

Senaman selamat untuk ibu hamil

Ok lah, itu saja untuk kli ini. Insya allah saya akan kongsikan lebih banyak tips lagi nanti 🙂

Kak Faz

bengkung moden, bersalin cesarean

Minum banyak air untuk elak perut buncit

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi satu lagi artikel yang baru saja saya baca yang mengatakan minum air yang banyak boleh membantu untuk mengelakkan perut dari buncit .

Malahan menurut artikel yang saya baca tu jika perut anda boroi , sepatutnya anda minum lebih banyak air bagi membuang toksid didalam badan. Selain dari itu, pengambilan air yang banyak membantu mencairkan sodium didalam tubuh sehingga ia mampu meningkatkan jumlah air yang akan keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu untuk mengeluarkan toksin dengan  lebih berkesan.

Bagi mereka yang sedang diet pula, minum banyak air sangat digalakkan kerana jika badan kekurangan air banyak bahan makanan yang sukar dicernakan oleh tubuh dan akan menyebabkan perut menjadi lebih buncit.

Hmm… patutlah semua produk menguruskan badan menggalakkan penggunanya mengambil air yang banyak.

Kak Faz

Testimoni – pelanggan bengkungmoden.com dan mamamodern.com

Assalamualaikum,

Dah beberapa hari saya tak buat posting di blog ni. Sebenarnya saya ada hutang dengan sorang customer saya ni yang minta saya bagi tips diet bagi ibu yang menyusukan anak . Insya allah, nanti saya akan tulis tips tu lepas selesai research saya nanti.

Untuk hari ini, saya ingin berkongsi satu lagi testimoni terbaru yang saya terima dari pelanggan saya.

Salam akak,

Nak bagi testimoni kat sini boleh?

Thanks sebab selalu melayan pertanyaan saya melalui sms. Sebelum bersalin aritu saya ader beli bengkung moden (plan nak pakai walaupun bersalin normal, Tak sangka lak kene caeser), bra mamamoden dengan gel sireh tu memg best sangat2 & selesa la..

Yang gel tu memang superb power dan macam ader magic la.. saya sapu pagi selepas mandi dan kemudian pakai bengkung yg best tu..(gi opis pun pakai lagi) dan rase panasnye masih ade sampai petang terutamanya bile bergerak aktif.  Kalau masuk opis kene aircond tak terasa sangat.. tapi bile keluar turun naik tangga..wah..panas balik.. best! best! balik rumah mandi, pastu masa susukan anak tetibe terasa panas balik.. tu yang magic.

Yang bra tu pulak memang selesa sangat kain nye…tak der terlalu nipis. Getahnye pun berkualiti. Kalau nak compare ngan bra lain yang ader saya beli memangg tak leh lawan..berbaloi betul. Cadangnye nak tambah order lagi..rekemen gak kat kawan2 yang tengah mencari2 nie. Kawan2 pun dah mule jenguk2 website nie..

~ Norhanani Arshad ~

Terima kasih kepada Nani kerana sudi bagi testimoni.

Okey, kita jumap esok untuk tips terbaru dari saya ye.

Kak Faz