Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Tips memilih kasut yang sesuai untuk anak anda – Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa khabar anda hari ini? Saya harap anda sihat-sihat saja. Bagi saya, semua nya ok saja. Cuma agak kepenatan sebab mengejar hari-hari terakhir di bulan Syawal ni untuk puasa enam yang belum sempat saya habiskan.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda beberapa tips sebagai panduan sewaktu membeli kasut untuk anak anda. Sebagai ibu bapa (terutama yang baru bergelar ibu dan ayah..), memilih dan membelikan kasut pertama untuk bayi anda merupakan antara detik yang tak ingin di lepaskan. Jika boleh anda dan pasangan  nak pilih dan beli bersama-sama, “barulah terasa macam satu keluarga kan…?”  (ni ayat favourite anak sulung saya sebagai alasan bila nak minta kami semua pakai baju yang sama warna, terutama baju raya..he..he…)

Berikut adalah beberapa kriteria yangg boleh dijadikan panduan sewaktu memilih kasut untuk si kecil anda :

1. Masa yang sesuai untuk membeli kasut – Untuk pembelian kali pertama, biasanya waktu yang sesuai ialah apabila anak anda mula merangkak kerana selepas merangkak anak anda akan mula berjalan. Diwaktu ini juga anda boleh mula mengajar anak anda bertatih setiap kali kasut dipakaikan dikakinya.

2. Elakkan dari membeli di waktu sesak dan ramai orang . Ini biasanya terjadi bila dekat nak raya atau sewaktu jualan murah. Selain dari faktor lapar dan mengantuk, anak anda juga mudah meragam jika kedai yang anda masuki penuh dengan pengunjung hingga perlu berasak-asak dan bersesak-sesak. Jika anak dah meragam, memang agak sukar bagi anda untuk memilih kasut yang benar-benar sesuai dengan kaki anak anda.

3. Ukur kasut di kaki anak – sebelum membeli kasut, cuba kasut di kaki anak anda terlebih dahulu. Sebaiknya kasut dicuba sewaktu anak anda dalam keadaan berdiri dan memakai sarung kaki (atau stokin). Biasanya kaki kiri dan kanan tak semestinya sama besar. Jika ini berlaku, pilih kasut ikut ukuran kaki yang lebih besar.

4. Pilih kasut yang lembut di bahagian dalam, bertapak lembut dan mudah dilentur . Kasut yang lembut dibahagian dalam biasanya lebih selesa di pakai, apatah lagi kaki anak anda masih lembut.

5. Elakkan kasut yang runcing di bahagian depan dan bertumit tinggi . Kasut dengan reka bentuk sebegini bukan saja tidak sesuai dan tidak selesa dipakai oleh kanak-kanak, ia juga akan mengganggu pertumbuhan jari-jari kaki. Selain dari itu, kasut yang runcing di bahagian depan boleh menyebabkan kaki anak  anda melecet dan luka.

Ok, kita rehat dulu.. Insya allah dalam 2 hari lagi saya akan sambung untuk bahagian 2 bagi tips memilih kasut bayi ni. Dah awal pagi rupanya, syok sangat layan lagu jepun sampai tak sedar dah jam 4 pagi.

Sayonara…

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin .

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>