Kesan pengambilan kafein semasa hamil
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah lama benar saya tak berkongsi tips terkini dengan pembaca blog ini. Diharap anda semua sihat saja ye. Bagi saya disini tak berapa sihat sikit. Biasalah, sekarang ni kan musim demam dan batuk. Walau macam mana saya cuba elakkan, terkena juga jangkitannya…hu..hu..
Kita teruskan saja lah ke topik utama. Baru -baru ni saya terbaca satu artikel tentang kesan pengambilan kafein dalam kuantiti yang banyak sewaktu hamil.
Kafein yang diambil sama ada melalui makanan atau minuman boleh melalui placenta dan menjejaskan kadar degupan jantung dan pernafasan bayi. Malahan dari kajian yang dijalankan juga menunjukkan pengambilan kafein dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan melambatkan petumbuhan janin.
Risiko lain yang boleh disebabkan oleh pengambilan kafein ialah keguguran, menyebabkan penyusutan berat bayi yang masih dalam kandungan dan juga boleh menyumbang kepada kematian bayi sewaktu lahir.
Jadi kepada ibu-ibu yang sangat suka minum kopi terutama sewaktu dipejabat, sebaiknya cuba kurangkan pengambilan minuman berkafein sewaktu dalam tempoh hamil.
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin .