SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI (2011) MAAF ZAHIR DAN BATIN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar para pembaca sekalian..?
Wah.. lamanya saya tak berkongsi tips di blog ni. Bukan dah lupa, tapi ada saja halangan nya (huh! alasan… hu..hu..)
Saya pasti di saat ini ramai yang telah pun balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga. Alhamdulillah di tahun ini sekali lagi kita semua dapat berkumpul bersama keluarga tersayang bagi meraikan Aidilfitri.
Namun begitu sesekali pasti hati kita tersentuh melihat kesengsaraan mereka yang mengalami kebuluran di Somalia dan negara-negara di Afrika. Dan yang menyedihkan kebanyakan dari mereka juga adalah seperti kita – kaum ibu, wanita, kanak-kanak dan umat Islam. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka untuk melalui detik sukar ini dan diwaktu yang sama menimbulkan keinsafan di hati kita atas kurniaan Ilahi – mempunyai negara yang masih aman dan kita bebas mengamalkan suruhan Allah tanpa tentangan.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua pelanggan dan pengunjung bengkungmoden.com andai ada kesalahan yang telah saya lakukan. Almaklumlah, sebagai manusia saya juga tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
Bagi yang berpeluang beraya di kampung, saya doakan anda selamat pergi dan selamat kembali semula selepas beraya.
Namun begitu, saya pasti ada juga di antara anda yang tidak dapat beraya disebabkan baru saja bersalin atau sedang berdebar-debar menunggu saat kelahiran bayi anda. Saya doakan anda cepat sembuh dan menikmati detik indah menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga anda.
Itu saja untuk kali ini. Insya allah saya akan kembali berkongsi tips dengan anda selepas raya nanti.
Selamat Hari Raya Semua!
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin .