Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Testimoni terbaru dari pelanggan bengkung moden yang berpuas hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog bengkung moden :)

Apa khabar anda semua di musim cuti sekolah ni..? Harap semua nya ok dan sihat ye. Bagi saya ok saja, cuma agak sibuk dengan persiapan sekolah anak-anak. Almaklumlah cuti sekolah pun dah tinggal kurang 2 minggu saja lagi.

Hari ini saya ingin berkongsi testimoni yang saya terima dari pelanggan bengkung moden yang di hantar kepada saya melalui email pada 14 December 2011 yang lalu. Puan Fareena merupakan ibu kepada 4 orang anak yang mana anak pertama, ke 3 dan ke 4 telah di lahirkan secara pembedahan / cesarean. Sebelum membeli bengkung moden, Puan Fareena pernah menghubungi saya dan berkongsi masalah beliau yang sukar menurunkan berat badan semasa dan selepas berpantang walaupun pemakanan dikurangkan dari segi kuantiti dan jenis makanan.

Salam Fazidah,

Saya Puan Fareena yang pernah beli bengkung dengan you last month. Saya nak ucapkan terima kasih atas advise yang you bagi…

Its totally work bila saya guna bengkung tu… dalam sebulan saya guna pinggang dan perut saya dah turun. Ukuran saya bagi masa nak beli bengkung tu 49 inch tapi selepas guna bengkung tu sebulan kini dah turun tinggal 42 inch.

Disamping advice you bagi makan ubat bersalin dari product Nona Roguy juga memang berkesan. Hingga sekarang saya masih teruskan pengambilan ubat Nona Roguy tu.

Terima kasih banyak-banyak. Kombinasi Bengkung & Nona Roguy telah menceriakan hidup saya kini badan kembali normal seperti sebelum mengandung. Baju-baju sebelum ni dapat dipakai semula tanpa ada perubahan size lagi… tapi saya masih ingin menurunkan berat badan dan mengecilkan bahagian perut dan pinggul yang masih ada saki baki isi.

Harapan saya kalu Fazidah ada cadangan terbaik atau tips-tips yang boleh kongsi ngan saya untuk menurunkan berat badan dan menghilangkan baki isi tu bolehlah emailkan pada saya.

Sekian terima kasih… Doa saya…. Semoga Allah terus memberikan anda rezeki dan maju dalam bisnes ini kerana anda telah membuat kebaikan dengan membantu insan bermasalah.

Terima kasih pada puan Fareena atas feedback yang diberikan. Terharu rasanya…

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin .

RSS 2.0 | Trackback | Comment

2 Responses to “Testimoni terbaru dari pelanggan bengkung moden yang berpuas hati”


  1. Memang bagus guna bekung untuk membantu menurunkan berat badan secara semulajadi. Tak perlu terlalu bergantung pengambilan pil diet.


  2. Pemilihan bengkung yang sesuai amat penting terutama utk kesihatan :razz:

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>