Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bagaimana dengan puasa anda tahun ni…? Best… biasa je….? atau boleh laa….?
Bagi saya best je sebab bulan puasa tak payah masak banyak kali tapi masak banyak sikit sekali gus je (he..he… jimat masa saya..). Cuma kurang best bila tiba-tiba je air tak ada. Melemahkan semangat nak masak betul dibuat nya
Untuk hari ni saya ini saya ingin berkongsi testimoni yang saya terima dari pelanggan saya Puan Rahimah Othman yang telah melalui proses berpantang yang lebih mudah dengan
Bengkung Moden
selepas beliau
bersalin pembedahan
.
Email yang saya terima dari Puan Rahimah ni saya copy dan paste aje kat sini…
Assalamualaikum Puan,
Saya juga mendoakan agar puan sekeluarga turut sehat ye. Saya langsung tak ada kesempatan untuk bagi respon selepas menggunakan bengkung moden yang saya beli dari puan kerana keadaan dan tempoh kerja yang padat.Untuk pengetahuan puan,
Bengkung moden
sangat-sangat membantu saya dalam tempoh berpantang, di sini saya ceritakan sedikit pengalaman saya selepas bersalin.
Saya beli bengkung dari puan kalau tak salah saya dalam bulan Disember 2011. Saya bersalin pada 9 Jan 2012 secara
pembedahan.
Selepas hari ke 4 di hospital saya dibenarkan pulang. Sebelum keluar wad saya guna bengkung moden tersebut…memang membantu…saya terasa perut di ampu dan kurang terasa sakit.
Setelah pulang berpantang di kampung halaman, Kedah. Hari ke 7 anak kecil saya didapati demam on/off dan di tahan wad di Hospital Sultanah Bahiyah yang mengambil masa lebih 30minit dari rumah saya. Dalam tempoh 7 hari berpantang keadaan masih belum kuat…namun saya mampu bergerak dan berjalan sendiri tanpa menggunakan kerusi roda setiap hari untuk melawat anak kecil saya. kerana disana tidak disediakan tempat dan tidak dibenar menunggu. Setiap hari saya berulang-alik dari rumah ke hospital selama 15hari dan berjalan kaki dari tempat letak kereka ke wad anak saya ditempatkan. Agak jauh tapi saya mampu melakukannya.
Ramai yang beranggapan saya bersalin biasa kerana kelihatan sangat kuat berjalan. Tapi hakikatnya saya bergerak dengan bantuan
bengkung moden
daripada puan…sekarang adik saya pula berpantang, jadi saya pinjamkan dia bengkung tersebut…sangat-sangatlah membantu.
Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada puan, dengan tip-tip yang puan emelkan, petua yang dikongsi sangat-sangatlah berguna.
Terima kasih Puan.
Rahimah Othman (Along)
Terima kasih pada Puan Rahimah kerana sudi berkongsi pengalaman beliau sewaktu menggunakan bengkung moden. Saya juga mendoakan agar Puan Rahimah sekeluarga dan semua pelanggan bengkung moden diberkati Allah sentiasa.
Yang gembira membantu
Kak faz
Related posts:
-
Testimoni terbaru dari pelanggan bengkung moden yang berpuas hati
Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog bengkung moden Apa...
-
Testimoni terbaru dari pelanggan bengkung moden – Puan Azizan Abdul Aziz
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ni saya nak berkongsi email...
Related posts brought to you by
Yet Another Related Posts Plugin
.