Pemakaian bengkung bersalin adalah salah satu amalan yang penting di dalam tempoh berpantang. Para ibu yang telah melahirkan anak digalakkan memakai bengkung sejak dari hari ke-4 kelahiran sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang.
Sejak zaman berzaman, pemakaian bengkung telah menjadi amalan tradisional masyarakat Melayu untuk wanita yang sudah melahirkan anak. Dengan gabungan asas rawatan di dalam berpantang seperti penggunaan herba-herba tradisional, urutan dan pemakanan, penggunaan alatan seperti bengkung mampu melengkapkan proses pemulihan tubuh ibu kepada asal.
Tahukah ibu semua, kalau botol susu tidak dicuci betul ia boleh membiakkan bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit perut atau gastroenteritis. Ia sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa anak anda. Jangan main-main ya!
Jadi, ibu dan ayah jangan malas mencuci botol susu anak. Jangan disebabkan hendak cepat, anda hanya cuci botol susu dengan air paip sahaja. Pastikan ia betul-betul dicuci bersih menggunakan peralatan yang bersesuaian.Kemudian jangan malas untuk mensterilkan kesemua peralatan sebelum digunakan.
Bayi boleh alami sembelit bila mula makan makanan pejal, iaitu selepas umur 6 bulan ke atas. Kebiasaan bayi 6 bulan ke bawah jarang sembelit jika menyusu badan secara eksklusif.
Jika bayi menyusu badan sepenuhnya tidak menyusu badan, itu tak dikira sebagai sembelit, kerana susu badan tiada ‘hampas’ sebaliknya diserap sepenuhnya oleh badan. Tetapi setelah mula makan, bayi boleh kena sembelit.
Puan-puan yang baru pertama kali menjadi ibu mesti takut kan tengok baki tali pusat anak. Hehehe. Macam tu lah jugak saya dahulu. Kadang-kadang tu rasa nak cabut je terus sebab tak nak tengok baki tali pusat tu. Ehhh, puan-puan jangan cabut pulak. Nanti boleh berdarah pusat anak tu.
Okay lah, hari ni saya nak share sedikit tips macam mana nak rawat baki tali pusat bayi. Serba sedikit saya harap tips ni dapat membantu puan-puan.
Jika anda mengalami masalah berat badan, tentunya tercari-cari tips menurunkan berat badan agar kelihatan lebih slim dan menawan. Biasanya banyak tips hanya menjurus kepada bagaimana untuk kuruskan badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semuanya kita abaikan.
Tapi semua nak cara yang mudah tanpa bersenam kan. Yelah, mana ada masa. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja. Balik kerja dah lah penat. Nak mengemas lagi, nak memasak lagi. Hehehe.