Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hai, apa khabar?
Bermacam-macam pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin, ada yang manis ada yang pahit. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan
sebilangan besar wanita Melayu masih tekun mengikuti tradisi ini.
Berpantang ni penting untuk mendapatkan kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan ramping macam masa anak dara dulu memang di impikan oleh semua ibu yang lepas bersalin.
Antara amalan yang masih di amalkan hingga sekarang adalah pemakaian bengkung.
Tapi ada juga yang tak ambil kisah tentang kelebihan berbengkung jadi jom kita ketahui 5 kelebihan memakai bengkung semasa berpantang.
1. Mengelakkan perut masuk angin
Bila bengkung dipakai dengan kemas dan sempurna, ia akan dapat membantu pengaliran angin dari badan ibu yang berpantang. Masa mengandung selama 9 bulan, badan kita akan mengalami penambahan berat badan secara mendadak.
2. Membantu mengempiskan perut dengan lebih cepat
Pakai bengkung ni bukan sahaja dapat mengelakkan masalah angin dalam badan malah ia akan dapat bantu untuk kempiskan perut dengan lebih cepat. Dengan pemakaian yang konsisten ia akan dapat mengembalikan bentuk badan dengan cepat.
3. Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot
yang tegang selepas bersalin
Masalah otot-otot yang tegang selepas bersalin sememangnya perkara biasa bagi wanita selepas bersalin. Keadaan ini menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda.Pemakaian bengkung akan membantu menguatkan kembali otot-otot yang tegang
dan kelihatan menggeleber.
4. Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang
baik
Pakai bengkung ketika berpantang ni baik untuk sokong tulang belakang terutamanya kepada sesiapa yang mengalami masalah sakit belakang. Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.
5. Menghalang peranakan daripada ‘turun’
Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot , jaringan dan ligamen. Proses melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah dan menyebabkan ia jatuh. Dengan pemakaian bengkung, ia mampu menguatkan kembali otot di bahagian rahim bagi mengelakkan masalah peranakan turun.
Harap perkongsian hari ini bermanfaat untuk kita semua ye. Tak kiralah jika anda nak pakai bengkung moden atau bengkung tali, yang penting amalan berbengkung memang kita kena amalkan.
Wasalam