Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Puan-puan yang baru pertama kali menjadi ibu mesti takut kan tengok baki tali pusat anak. Hehehe. Macam tu lah jugak saya dahulu. Kadang-kadang tu rasa nak cabut je terus sebab tak nak tengok baki tali pusat tu. Ehhh, puan-puan jangan cabut pulak. Nanti boleh berdarah pusat anak tu.
Okay lah, hari ni saya nak share sedikit tips macam mana nak rawat baki tali pusat bayi. Serba sedikit saya harap tips ni dapat membantu puan-puan.
4 Tips Rawat Baki Tali Pusat Bayi
1. Pastikan anda mencuci tangan, sebelum dan selepas pertukaran lampin dan cucian.
2. Biarkan tunggul itu gugur dengan sendirinya. Jangan tarik ia.
3. Jangan biarkan tunggul itu bergelimun air kencing atau najis. Lipat pinggang lampin bayi ke bawah. Ini akan membiarkan tunggul itu terdedah kepada udara.
4. Jika tunggul itu terkena air kencing atau najis, basuh rapi dengan pencuci bayi pH neutral.
Wassalam.