8 Tips Galakkan Anak Minum Lebih Banyak Air Masak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pasti ramai ibu bapa yang mengalami masalah yang sama iaitu anak susah minum air masak, asyik nak minum air manis je.

Jadi jom saya sharekan 9 tips macam mana nak galakkan anak anda minum lebih banyak air masak.

1. Sediakan botol minum untuk setiap orang

Anda boleh sediakan botol minuman untuk anak-anak anda sejak mereka kecil lagi, nak pergi mana-mana pastikan anda memang sediakan untuk anak anda, jadi mereka sudah terbiasa nak minum air kosong.

2. Minum guna ‘silly straw’

Anak-anak akan jadi lebih teruja untuk minum apabila anda gunakan penyedut minuman yang macam-macam bentuk ni.
Silly straw ni juga bagus untuk bagi otot bibir dan mulut exercise. Kalau ada anak-anak yang speech delay boleh belikan ni ajar dia hisap untuk kuatkan otot mulut.

3. Sediakan pelbagai bekas minuman yang menarik

Budak-budak ni kadang-kadang cerewet juga. Jadi kita jangan jemu cari dan beli bekas minuman yang dia suka, praktikal dan dia rasa selesa nak minum.

4. Sediakan jus buah-buahan yang dicampur dengan air masak

Anak-anak ni pun pandai rasa bosan. Bila makin besar pandai plak minta macam-macam. Nak-nak pulak yang ada warna menarik, sejuk dan rasa pun sedap. So kita buatkanlah jus buah-buahan, bukan saja ada vitamin dan mineral tapi kaya dengan serat juga.

Cara ni sesuai untuk anak-anak yang cerewet susah nak makan ataupun sembelit. Dan berkesan sangat kalau musim cuaca panas dan kita nak anak minum banyak air.

5. Hidang koktail buah-buahan

Boleh sediakan pelbagai buah-buahan yang baik untuk kesihatan. Potong dadu dan masukkan dalam air. Bila dia nak ambil buah tu pasti dia akan terminum sikit air dalam gelas tu.

Buah-buahan yang banyak air ni boleh bantu anak kekalkan paras bendalir badan dan elakkan risiko dehydrated especially bila waktu tak sihat dan tak lalu nak makan minum sebab tekak rasa pahit. Sup pun boleh bantu naikkan selera bila tengah sakit.

6. Buat jeli atau puding

Bahan utama dalam jeli ataupun puding mesti lah air. Boleh lah belajar nak buat sendiri. Lagi jimat, bersih, suci dan sedap. Memang best kalau makan jelly waktu hari panas. Boleh hilangkan dahaga. Tak payah la letak banyak gula. Manis-manis buah je pun dah okay.

7. Buat ketulan ais dalam pelbagai bentuk

Anda boleh cuba buat pelbagai ketulan ais dalam pelbagai warna atau bentuk untuk menarik minat anak anda untuk minum.
Contohnya anda boleh bancuh kordial Sunquick dengan air kosong lepas tu bekukan. Untuk anak-anak kita buat lah dalam acuan yang macam-macam bentuk. Mesti diorang akan teruja sangat nak minum.

8. Jangan lupa jadi contoh yang terbaik pada anak anda

Nak anak minum air tapi mak ayah nya susah sangat nak minum air. Jadi lah contoh untuk anak anda. Nanti anak-anak pun terikut lah sekali. Tiap-tiap hari waktu-waktu tertentu bila kita minum ingatkan diorang juga minum air.

Latih anak-anak amalkan minum air masak atau air kosong mencukupi setiap hari sejak kecil supaya jadi kebiasaan. Kesihatan lebih baik dan gigi pun tak cepat rosak.

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk puan-puan ye.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *