Hari ni nak cerita pasal nenas batu.
Nenas batu sebenarnya sejenis buah yang boleh guna untuk 2 perkara :
1. Boleh guna untuk kesihatan
2. Boleh buat perhiasan rumah
Dulu saya pun tak tau pasal nenas batu ni. Sampai lah kawan saya kenalkan.
Katanya cuba lah, bagus untuk awet muda. Hehe… bab awet muda saya memang suka. Tapi penakut jugak kalau guna yang tak semula jadi.
Di dalamnya terkandung
berbagai-bagai khasiat (jamu pun mungkin tak perlu ambil dah kata kawan saya tu..hehe)
Cari nenas batu, basuh bersih-bersih, lepas tu rendam 1 jam dalam air panas. Nanti bunganya kuncup.
Lepas tu kena tapis supaya serdaknya tak ikut tertelan masa minum.
2. Cara senang
Guna teh nenas batu.Nenas batu nya dah siap di hancurkan jadi kecik-kecik dan masukkan dalam uncang teh.
Tinggal nak rendam dan minum je.
Ni yang saya dah rendam
Lepas rasa airnya, tak best lah tak ada rasa manis. Saya tambahkan sikit gula merah.
Ni lah hasil nya
Sedap juga bila dah campur gula merah.
Khasiat nenas batu :
Untuk wanita lepas bersalin (termasuk bersalin pembedahan) :
1. Boleh kecutkan rahim.
2. Cara ambil – rendam 1 uncang nenas batu dalam air panas, minum seminggu sekali.
3. Bantu untuk buang angin dalam badan
4. Melawaskan kencing
Jika anda dalam kategori tak suka ambil jamu atau tak sempat nak rebus akar kayu masa dalam pantang, nenas batu adalah penyelesaiannya.
Khasiat lain nenas batu
1. Untuk jarakkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
2. Bantu
hilangkan keputihan
3. Untuk
awet muda
4. Boleh
bantu untuk wanita yang dalam fasa menopouse
. Selalunya masa ni hormon banyak tak stabil.
5.
Membuang toksik
dalam badan.
6.
Menegangkan kulit
.
ButikBengkungModen.com kini ada sediakan nenas batu dalam bentuk uncang teh yang lebih mudah untuk disediakan.
Harga kami : RM49 untuk 50 uncang. Anda boleh dapatkannya di sini >> nenas batu untuk kecutkan rahim <<
Wasalam
Kak Faz
Assalam.. nanas batu boleh minum masa menyusukan?
Bagaimana cara minum uncang nenas batu untuk jarakkan anak?
Boleh mkan dengan supplement lain cth shaklee?
wasalam puan…nanas batu boleh diminum oleh ibu yang sedang menyusukan anak.Cara pengambilan nenas batu untuk menjarakkan anak, teh hendaklah diambil seperti biasa selama tempoh hendak menjarakkan anak.Ia juga boleh di ambil dgn supplement lain.
Kalau mengandung boleh consume?
kalau hamil tak boleh ambil puan, selepas bersalin baru boleh ambil ye 🙂