Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buah tembikai sangat terkenal dikalangan kita, kerana sangat mudah didapatkan, baik itu dipasar tani mahupun di pasaraya.
Tembikai adalah sejenis buah-buahan yang sangat mengiurkan terutamanya di musim panas. Strukturnya yang agak rangup, lembut, dan berair.
Tahukah anda, buah tembikai adalah salah satu buah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Buah tembikai ini membantu menjaga dan mempertahankan kesihatan kita. Warna merah tembikai yang menggiurkan itu mengandungi nutrisi, mineral, kalium, betakarotin, Vitamin C dan juga serat yang diperlukan tubuh badan. Tembikai juga mempunyai banyak khasiat bukan sahaja kepada orang biasa, tetapi juga wanita hamil.
Antara 8 khasiat buah tembikai bagi wanita hamil.
1. Mengurangkan bengkak dan kekejangan otak
Ibu mengandung sangat sinonim dengan keadaan bengkak-bengkak kaki, tangan yang disebut sebagai edema disebabkan oleh perubahan hormone dan peningkatan berat badan.
Kandungan air di dalam buah tembikai dapat mengurangkan pembuluh darah yang tersumbat dan kekejangan otot.
2. Mengelakkan dehidrasi
Dehidrasi yang berlaku terhadap ibu mengandung akan menyebabkan implikasi buruk seperti kelahiran pramatang.
Kandungan air yang tinggi di dalam tembikai iaitu meliputi kira-kira 90% akan membantu dan memastikan si ibu tidak mengalami kekurangan air di dalam badan.
3. Mencegah pigmentasi
Ibu mengandung kerap mengalami pigmentasi kulit disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Buah tembikai dapat membantu melancarkan pencernaan makanan dan menjaga pergerakan usus kecil, dan mempengaruhi keadaan kulit.
Kekerapan memakan buah tembikai, membuatkan kulit ibu menjadi lebih mulus dan masalah pigmentasi berkurang.
4. Mengatasi morning sickness
Ibu hamil majoritinya akan mengalami morning sickness, terutamanya pada trimester pertama.
Khasiat dan tenaga yang ada di dalam buah tembikai dan sifatnya yang menyegarkan memberi manfaat terhadap ibu hamil. Rasa mual yang wujud daripada ketidakhadaman pemakanan juga akan hilang dengan kekerapan pengambilan buah tembikai.
5. Menjaga kesihatan jantung
Buah tembikai kaya dengan kandungan zat bernama Likopen. Ini menjadikan tembikai sebagai satu makanan yang sihat untuk ibu hamil serta berkhasiat menjaga kesihatan jantung bakal ibu dan bayi.
6. Meningkatkan imuniti badan
Vitamin C yang terdapat dalam buah tembikai membantu meningkatkan sistem imun badan ibu hamil. Ia dapat mengelakkan ibu mudah terkena jangkitan selesema atau batuk terutama dalam perubahan cuaca yang tidak menentu.
7. Membantu tumbesaran bayi
Tembikai mempunyai kalium yang berfungsi sebagai bahan yang mempertahankan kandungan kalsium dalam badan. Kalium juga membantu dalam proses pembentukan tulang bayi dan dalam masa yang sama menguatkan sendi ibu.
Tembikai juga kaya antioksida dan vitamin A yang menjaga organ penglihatan bayi serta melindungi bayi daripada radikal bebas.
8. Melancarkan pengaliran air kencing
Ibu mengandung kerap mengalami kencing tidak lawas terutama ketika sarat mengandung dan kekerapan pengambilan tembikai akan melancarkan air kencing.
Harap perkongsian kali ini bermanfaat untul semua.
Wasalam.