Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berat badan yang berlebihan akan membawa kepada pelbagai penyakit terutamanya darah tinggi dan juga kencing manis.
Bagi wanita pula, badan yang kurus dan langsing memang menjadi idaman supaya kekal cantik dan sihat.
Berikut antara petua tradisional yang boleh anda amalkan untuk kekal kurus dan juga langsing.
Tapi walaupun dah jaga makan, senaman pun kena buat juga ye.
1. Air limau nipis
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. Air asam jawa
Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya:
Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam.
Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
3. Limau Nipis + Teh
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.
Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.
4. Serai
Serai adalah salah satu bahan yang bertindak mencairkan lemak pada badan.
Caranya;
Rebus tiga batang serai bersama dua cawan air di dalam periuk sehingga mendidih. Minum air rebusan serai ketika ia masih hangat kerana hasilnya dalam menyingkirkan lemak pada badan lebih efektif. Amalkannya seminggu sekali.
Selamat mencuba.