Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perubahan kulit semasa hamil pasti berlaku, keadaan ini adalah sebahagian gejala yang akan anda alami semasa hamil.
Bukan badan sahaja yang akan mengalami perubahan malah anda akan melalui banyak perubahan bagi mempersiapkan diri untuk menempatkan bayi selama sembilan bulan dalam rahim anda.
Hormon mungkin akan memberi kesan kepada kulit anda. Jadi kali ini saya kongsikan cara untuk meningkatkan seri saat hamil.
1. Banyak Minum Air
Wanita hamil berisiko besar untuk mengalami masalah dehidrasi.
Masalah ini bukan hanya akan memperlahankan sistem penghadaman, bahkan juga akan memberi kesan kepada kulit anda.
Oleh itu, minumlah air sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari bagi membantu dalaman anda.
2. Gerakkan Badan
Minta pendapat doktor sebelum anda lakukan rutin senaman yang senang dan mudah mengikut keadaan kesihatan anda.
Senaman yang sederhana dan selamat dapat membantu untuk menghilangkan tekanan.
Dengan mengerakkan badan anda juga boleh menguatkan otot anda sekali gus membaiki sistem peredaran dalam tubuh anda.
3. Kurangkan Mekap
Kurangkan pemakaian mekap, walaupun kita tahu pemakaian mekap dapat menutup kekurangan pada wajah namun pemakaian mekap yang tebal dan kerap boleh membuatkan kulit anda menjadi kusam.
Anda perlu ingat, kulit juga perlu bernafas. Sesekali biarkan wajah anda bebas mekap bagi membantu mengelakkan pori tersumbat.
4. Tidur Yang Cukup
Tidur malam yang cukup dan selesa andalah perkara terbaik untuk menjaga kulit anda. Tidur malam secukupnya dapat memberi kesegaran pada tubuh anda sekali gus meremajakan wajah anda.
Mendapat tidur yang cukup juga bermakna bahawa badan anda mempunyai masa yang cukup untuk merawat dan memulih sebarang kerosakan termasuklah masalah kulit.
5. Ambil Berat Makanan Anda
Tidak dapat disangkal lagi, kulit yang sihat dan bersinar perlu bermula dengan makanan yang seimbang dan sihat.
Dapatkan makanan yang segar dan sihat kerana ia menyediakan anda dengan nutrien secukupnya untuk kulit sihat serta bersinar.
Hormon semasa hamil adalah sukar dijangka. Saya harap tips-tips di atas dapat membantu ibu-ibu hamil kekal sihat dan berseri.
Wasalam.