Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menantikan detik kelahiran bayi adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh setiap ibu bapa. Begitu juga halnya dalam menyediakan kelengkapan bayi.
Membeli pakaian untuk anak-anak merupakan satu keutamaan bagi ibu bapa apatah lagi bila anda pertama kali mendapat anak pastinya pelbagai jenis pakaian yang akan anda beli untuk mereka.
Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil setiap kali ke kedai bayi, baju kanak-kanak adalah tempat pertama yang akan dituju. Namun tidak dinafikan ada masanya anda akan menghadapi dilema dalam memilih atau membeli baju buat anak kecil anda.
Jadi kami nak share beberapa tips untuk pilih pakaian untuk batyi anda.
1. Mudah Dibasuh dan Warna Tidak Luntur
Dalam tempoh beberapa minggu, saiz baju baby akan berubah. Oleh itu beli baju yang mudah dibasuh. Jika beli baju yang berwarna pastikan warna tidak mudah tanggal apabila dibasuh.
2. Had Usia
Kebanyakkan ibu akan memberi pakaian anak mereka dengan saiz bayi baru lahir. Namun, pastikan anda tidak membeli baju saiz tersebut berlebih-lebihan kerana bayi akan cepat membesar. Walau bagaimanapun, anda masih boleh membeli dua pakaian untuk saiz bayi baru lahir. Jika ingin membeli lebih, carilah saiz untuk bayi baru lahir hingga usai 3 bulan atau 6 bulan.
3. Utamakan Keselamatan
Elakkan dari membeli pakaian bayi yang berbutang kecil, berbunga atau berhias permata kerana dikhuatiri akan menyebabkan bayi anda tercekik. Pakaian yang mengandungi tali atau tali leher juga memungkinkan si manja terbeli di sekeliling lengan abyi, kaki atau leher. Jadi pilihlah pakaian yang ringkas untuk anak anda.
4. Mudah Dipakai dan Ditanggalkan
Jenis baju berbutang adalah dicadangkan untuk baby berusia 5 bulan pertama. Baju jenis ini mudah dipakai dan ditanggalkan. Bagi bayi pra-matang, pastikan baju yang dibeli dilengkapi topi untuk melindungi kepalanya daripada udara sejuk.
5. Fabrik
Kulit baby lembut dan sensitif. Pemilihan jenis fabrik iaitu jenis 100% kain kapas membantu mengelak daripada masalah kulit kepada bayi. Jenis kain kapas yang mudah menyerap peluh memberi rasa cosy kepada si kecil.
Diharapkan tips yang diberikan dapat membantu anda dalam membeli pakaian terbaik untuk si manja anda.
Selamat membeli dan mencuba 🙂
Wasalam