4 Tips Tangani Masalah Anak Cerewet Makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ibu mana yang tidak susah hati jika anak tidak mahu makan?

Mungkin anak anda tergolong dalam kategori “picky eaters” iaitu anak yang sangat cerewet dan memilih makanan tertentu.

Jadi kali ini saya nak share beberapa tips bagi menangani masalah anak cerewet nak makan.

1.Tawarkan makanan dalam bahagian yang kecil. Kanak-kanak mungkin akan cuba makan jika anda hidangkan makanan dalam kuantiti yang sedikit.

2.Lihat keselesaan anak semasa makan. Jika kerusi makan yang diduduki oleh si manja tidak lagi memberi keselesaan kepadanya, makan anda perlu belikan kerusi baharu mengikut ketinggian dan tumbesaran anak.

3.Jadikan masa makan suatu yang meriangkan. Elakkan sebarang ghangguan semsa makan seperti tiada gangguan gajet atau tv semasa anak anda sedang makan.

4.Rujuk pada pakar pediatrik anak anda tentang makanan tambahan atau vitamin yang boleh diberikan kepada si kecil.

Apabila sering kurang nutrisi yang penting, mereka akan mengalami keletihan dan tidak dapat fokus di sekolah atau kekal peka untuk memahami apa yang diajar di sekolah

Harap tips ini dapat membantu puan-puan untuk kenali jika anak-anak puan seorang ‘picky eater’.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *