Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kehadiran cahaya mata merupakan detik yang paling bahagia namun tapi ramai pasangan yang membicarakan tentang kesan gangguan emosi yang dihadapi oleh wanita khususnya selepas melahirkan anak.
Gangguan emosi termasuklah tidak selera makan, kemurungan yang ringan, mudah menangis, mudah melenting, gelisah, kurang tumpuan dan gangguan tidur.
Ada 4 langkah untuk mengelak tekanan selepas bersalin.
1. Luangkan waktu untuk beristirehat
kalau boleh mintalah bantuan pengasuh, orang tua, atau sauda untuk
menjaga bayi semasa anda berehat.
Berbaringlah di bilik dalam suasana yang tenang sambil mendengarkan muzik yang lembut.
2. Peneman
Jika ini merupakan pengalaman pertama anda bersalin, jangan berpantang sendirian.
Mintalah bantuan saudara atau adik beradik sementara waktu jika anda terpaksa berpantang seorang diri.
Seminggu pertama adalah waktu kritikal. Anda perlu dijaga rapi supaya dalaman dan luaran kembali sihat.
Jika anda mempunyai bajet yang lebih bolehlah ambil perkhidmatan
selepas bersalin yang menawarkan khidmat menjaga ibu berpantang dan bayi.
3.Jangan bersendiri
Komunikasi adalah cara terbaik untuk membantu anda keluar daripada pelbagai masalah.
Luangkan waktu untuk berbincang dengan pasangan, suami atau ibu untuk meringankan perasaan tertekan yang sedang dialami.
dalam hal ini, suami harus menyokong isteri dan memahami situasi yang di alami.
4. Diet yang baik
Semasa berpantang, ada sebahagian makanan tidak dibenarkan di jamah buat sementara waktu.
pastikan sumber-sumber yang berkhasiat ada di dalam menu sepanjang anda berpantang.
Ia penting kerana pola makana yang baik dan seimbang diperlukan selama menyusui dan mengurus bayi yang baru lahir.
Saya harap perkongsian ini bermanfaat untukibu-ibu yang bakal bersalin.
Wasalam.