Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? Meneran? Pasti yang terbayang di benak ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasi cara meneran yang baik dan betul.
Antara cara yang selalu kita baca adalah melalui senaman, jadi kali ini saya nak sharekan tips-tips dan senaman yang boleh dilakukan oleh ibu hamil untuk mudah meneran masa bersalin nanti.
Jangan risau. Semua jenis senaman ini adalah bersifat lembut dan paling penting ia boleh membantu bakal ibu mengawal pernafasan agar mudah di praktikkan ketika meneran nanti.
1. Senaman Lantai Pelvik
Semasa mengandung, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. dan inilah juga sebabnya kenapa anda mudah terkencing semasa bersin, batuk atau muntah.
Senaman pelvik ni sangat membantu untuk menguatkan kembali otot pelvik.
Caranya adalah:
Buat kemutan
Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa.
Lakukan dalam kiraan 6 saat. Rehat. Ulang semula.
2. Menaiki Tangga
Rupanya ada manfaat juga saya terpaksa menaiki tangga sebab rumah kat tingkat 4 dulu..hehehe. Tetapi ia sangat tidak di galakkan di lakukan pada awal kehamilan ya.
Ini kerana bimbang rahim ibu masih belum kuat menghadapi tekanan ketika menaiki tangga tersebut.
Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik.
Menaiki tangga dengan kerap tetapi secara perlahan-lahan di percayai dapat mempercepatkan bukaan perinium dan memudahkan proses bersalin.
3. Berjalan Kaki
Aktiviti berjalan ini sangat bagus untuk mengeluarkan peluh di samping menggerakkan otot-otot yang bakal di gunakan semasa bersalin nanti.
4. Bertinggung
Bertinggung adalah posisi seakan mencangkung tetapi yang membezakannya adalah kita menahan dengan menggunakan jari kaki. Senaman ini juga boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.
Cara Melakukannya:
Dalam keadaan ini, kaki berada dalam keadaan bertinjit.
Kedua-dua belah tangan di atas kedua-dua belah lutut.
Tahan selama yang mampu samping bernafas perlahan-lahan.
Lakukan sekerap yang anda mahu.
5. Kerja Rumah
Ini antara senaman yang selalu kita buat, mengemas rumah.
Antaranya seperti menyapu sampah, memasak, menyidai pakaian dan membasuh bilik air.
Tapi ingat, lakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat tong gas. Ia sangat merbahaya. Setelah membuat pelbagai kerja rumah jangan lupa minum banyak air kosong ya.
6. Berenang
Bukan semua ibu hamil tahu berenang kan..hehe..saya pun tak tahu nak berenang. Tapi tahukah anda senaman ini amat di galakkan kepada ibu hamil.
Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu proses bersalin. Ini kerana pernafasan yang panjang bakal di perlukan sepanjang proses meneran.
Selain itu berenang juga dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.
Selain daripada itu jangan abaikan pengambilan makanan dan vitamin prenatal anda sepanjang tempoh ini. Ia amat penting untuk memastikan anda kekal cergas dan membantu memberikan nutrisi yang cukup kepada bayi anda.
Sampai sini dulu perkongsian saya ye.
Wasalam