Stress Ketika Hamil? Cuba 10 Tips Ini Untuk Atasinya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menanti kelahiran cahayamata memang sesuatu yang di tunggu-tunggu oleh pasangan yang telah mendirikan rumahtangga.

Namun anda mungkin akan berasa tertekan dalam masa-masa tertentu semasa hamil.

Apa yang menyebabkan perasaan tertekan semasa kehamilan?

Adalah perkara biasa untuk berasa tertekan pada masa-masa tertentu semasa hamil. Lagipun, mendapatkan bayi adalah suatu pengalaman yang akan mengubah hidup. Selain daripada tanggungjawab melahirkan orang baru ke dalam dunia, terdapat banyak lagi perkara yang mungkin bermain-main dalam minda anda.

Jadi kali ini saya nak share 10 tips-tips positif yang boleh anda lakukan untuk mengatasi stress masa anda hamil:

1. Ambil Masa Untuk Diri Sendiri

Ia satu perkara yang baik untuk anda dan bayi anda. Jika anda ibu yang berkerja cari masa di tempat kerja untuk berehat dan luangkan lebih masa semasa waktu rehat makan tengah hari. Sebaik sahaja anda di rumah, cuba untuk tidak melakukan terlalu banyak kerja-kerja rumah.

Jika anda berasa letih, masuklah tidur lebih awal. Badan anda sudah bekerja keras untuk bayi anda yang sedang membesar dan ini memerlukan tenaga dan masa berehat yang mencukupi.

Jika anda seorang ibu, memang agak sukar untuk mencari masa untuk berehat. Idea yang baik adalah untuk meminta bantuan suami anda untuk menjaga anak anda, sementara anda mendapatkan masa rehat yang diperlukan.

2. Luahkan perasaan anda
Jika anda bimbang tentang kesihatan bayi anda, sama ada dia akan dilahirkan dengan selamat, anda tidaklah bersendirian.

Anda boleh merujuk kepada doktor anda untuk memastikan yang bayi anda adalah sihat. Bincangkan juga perkara ini dengan suami anda, ataupun anda boleh luahkan perasaan ini dengan sahabat atau ibubapa anda.  Membincangkan kebimbangan anda boleh membuat anda rasa lebih baik.

Anda boleh bertemu dengan bakal-bakal ibu lain yang juga berada di peringkat kehamilan yang sama seperti anda, mungkin di kelas antenatal atau kelas keibubapaan. Ada kemungkinan bahawa sekurang-kurangnya setengah daripada mereka juga mengalami apa yang anda rasakan.

3. Makan dengan baik
Pemakanan yang baik adalah baik untuk minda selain badan anda. Diet sihat yang mempunyai banyak asid lemak omega-3, vitamin dan mineral, boleh meningkatkan tahap keceriaan anda.

Anda tidak perlu keterlaluan dengan diet anda untuk memastikan anda mendapat segala nutrien . Sumber nutrien yang baik termasuk ikan berminyak, buah-buahan, kacang, biji, produk tenusu, daging tanpa lemak dan ayam itik, bijirin serta sayur-sayuran.

Mungkin anda boleh rujuk dengan pakar diet anda untuk hidangan harian yang boleh membantu anda mendapatkan nutrien yang anda perlukan pada setiap trimester.

4. Bersenam
Senaman dapat meningkatkan tahap keceriaan anda. Lakukan rutin yang selamat untuk wanita hamil, jangan terlalu ekstrem ye. Antara senaman yang anda boleh lakukan adalah seperti berenang.

Yoga juga baik untuk ibu hamil, ia bukan sahaja dapat meregangkan badan ia juga boleh mengajar anda teknik-teknik pernafasan dan bertenang. Teknik ini sangat berguna bila anda nak bersalin nanti.

Cuba lakukan senaman dalam kehidupan seharian anda. Di tempat kerja, bangunlah dan berjalanlah selalu, terutama jika anda terikat kepada kerja pejabat. Keluar sebentar pada waktu makan tengahari untuk mendapatkan udara segar, walaupun ia hanya untuk 10 minit.

5. Bersedia menyambut kelahiran
Anda mungkin bimbang tentang bagaimana rasanya sakit hendak bersalin. Bagaimanakah anda akan menangani sakit itu? Bagaimanakah suami anda menghadapinya? Ketahui lebih lanjut mengenai apa yang berlaku semasa proses kelahiran dengan mendaftar di kelas antenatal.

Jika anda dijangka akan menjalani pembedahan, bercakaplah dengan pakar obstetrik tentang apa yang akan berlaku pada hari tersebut. Merangkakan satu pelan kelahiran caesarean boleh membantu anda merasa lebih yakin dan mampu mengawal situasi.

6. Bersedia untuk kehidupan berkeluarga
Adalah perkara biasa jika anda bimbang bagaimana mempunyai bayi akan membawa kesan terhadap hubungan anda dengan suami. Keibubapaan ialah sesuatu yang anda akan belajar semasa menjalaninya.

Jika anda ada mempunyai kawan yang mempunyai anak kecil, anda boleh menghabiskan masa dengan mereka untuk mendapatkan tip-tip berguna.

7. Strategi berulang-alik ke tempat kerja
Kebanyakan wanita masih bekerja sehingga tarikh sebelum mereka bersalin. Berulang-alik ke tempat kerja boleh menjadi punca utama perasaan tertekan, semakin sarat kandungan anda semakin tertekan yang mungkin anda rasakan.

Bincang dengan majikan anda jika anda boleh mengelakkan kesesakan jalanraya, mungkin dengan bermula dan selesai lebih awal daripada biasa.

8. Hal-hal kewangan
Memang tidak dinafikan, ramai ibu bapa yang gusar bila memikirkan soal kewangan bila bilangan keluarga anda bertambah.  Jika anda bimbang tentang bagaimana anda boleh sediakan semuanya, buatlah senarai barang-barang yang anda fikir anda perlukan.

Anda mungkin tidak perlu membeli semua keperluan yang ada dalam senarai anda. Ada juga beberapa barangan bayi yang tak perlu beli baru, cuba cari yang barangan yang terpakai, harga nya pun lebih murah. Lagipun ada juga barangan yang guna lama sebab bayi anda akan cepat membesar

9. Cuba terapi tambahan
Urutan adalah cara terapi yang hebat untuk mengurangkan perasaan tertekan. Bacalah mengenai teknik-teknik urutan yang sesuai untuk ibu hamil dan urutan selepas bersalin nanti.

Anda juga boleh lakukan teknik meditasi dan visualisasi positif boleh membantu. Visualisasi positif adalah di mana anda membayangkan satu gambaran senario yang damai. Cuba visualisasi pemandangan yang indah dan lihat sama ada ia mujarab untuk anda. Pilih masa yang anda rasa anda tidak akan diganggu dan cuba untuk dapatkan masa sekurang-kurangnya 30 minit. Ini benar-benar boleh memanfaatkan anda, dan ia tidak melibatkan kos  pun!

10. Layani diri anda dengan baik
Ketawa adalah salah satu cara terbaik untuk merelakskan badan. Jadi, berjumpalah dengan kawan-kawan, tontonlah DVD lucu dengan suami anda, atau pergilah ke pawagam.

Manfaatkanlah sepenuhnya masa yang ada untuk anda bersama-sama time pregnant ni lah kita boleh mengada-ada sikit dengan encik suami.hehe

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *