4 Cara Mengatasi Hemoglobin Rendah Pada Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mengenalpasti paras hemoglobin anda masa anda hamil adalah sangat penting.

Hal ini bertujuan agar proses kehamilan anda berjalan dengan lancar sampailah nak bersalin nanti.

Berikut beberapa tips mudah untuk memastikan paras hemoglobin dalam darah anda normal.

1) Ambil makanan yang dapat menaikkan paras hemoglobin dalam darah

Makanan adalah faktor utama dalam menaikkan paras hemoglobin anda.

Antara makanan yang perlu anda amalkan adalah seperti berikut.

Sayur-sayuran: brokoli, bayam, kubis, sawi, asparagus, dan lain-lain
Buah-buahan: Epal,anggur, aprikot, avocado,tomato, pisang, betik, tembikai, mangga, dan lain-lain
Daging merah: Daging sapi dan kambing, hati ayam, telur ayam
Kekacang: kacang almond, kacang hijau, kacang merah, dan lain-lain
Makanan laut: ikan, kerang
Bijiran :Oat dan lain-lain

2) Kurangkan pengambilan makanan menghalang penyerapan zat besi

Antara sebab kenapa paras hemoglobin dalam darah kita rendah kerana kurangnya pengambilan makanan yang mengandungi zat besi.

Jadi penting untuk kita kurangkan pengambilan makanan-makanan yang boleh menghalang tubuh kita menyerap zat besi.

Antara makanan dan minum yang perlu anda elakkan adalah :

Teh, kopi, air berkarbonat,dan minuman berkafein atau beralkohol lainnya
Makanan tinggi kalsium: susu, cokelat, keju
Makanan mengandung gluten: gandum dan produk gandum

Anda boleh juga mengambil supplemen yang mengandungi zat besi tapi seeloknya mintalah nasihat dari doktor anda tentang supplemen supaya ia tidak menganggu kandungan anda.

3) Tingkatkan pengambilan vitamin C

Vitamin C baik untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh dan sekaligus ia dapat meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah ibu hamil.

4) Dapatkan rehat yang cukup

Ibu hamil dengan kadar hemoglobin rendah disarankan untuk dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Jangan lakukan aktiviti yang menggunakan banyak tenaga.

Ini adalah untuk memastikan yang puan-puan tak penat dan akhirnya nanti akan menganggu tahap kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Jika paras hemoglobin masih juga rendah, dapatkan nasihat doktor tentang perkara ini ya kerana jika HB rendah banyak kesan yang kurang baik untuk bayi anda.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed .