Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
GEMUK. Alahai, perkataan yang ngeri dipanggil kepada seorang wanita. Tidak kira muda atau tua, bila kita dipanggil gemuk, rasa menyirap je kan?
Lebih-lebih lagi jika sebelum hamil kurus, tetapi lepas bersalin masih tak dapat berat badan ideal seperti sebelum hamil dulu.
Ohh, macam mana mahu buat? Ada ke petua atasi gemuk selepas bersalin?
Jadi saya nak share beberapa petua untuk pastikan anda mantain bagai anak dara walaupun setelah beranak lebih dari seorang.
1. Manfaatkan Waktu Pantang Anda
Kebanyakan dari kita menggunakan waktu pantang sebagai tempoh untuk menurunkan berat badan.
Tempoh dua bulan cuti yang diberikan oleh syarikat anda bekerja sebenarnya mencukupi untuk anda kembalikan berat badan idaman anda.
Masalah akan timbul apabila selera makan jadi berganda apabila kesihatan beransur pulih.
Jadi, ketika anda sedang hamil anda perlu tetapkan target berapa jumlah timbangan yang anda ingin kurangkan.
Kemudian, anda buatkan satu jadual makan untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
Susun jadual anda mengikut berapa kalori yang anda perlukan.
Kenalpasti juga makanan-makanan yang boleh membuatkan berat badan anda sukar turun.
Sebagai contoh roti putih yang dijadikan sarapan. Adalah lebih baik anda gantikan roti puting dengan roti perang.
2. Pemakaian Bengkung Dan Bertungku
Dua perkara ini antara yang paling penting untuk dilakukan ketika dalam pantang.
Bengkung membantu supaya badan anda kembali firm terutama di bahagia perut.
Saya paling suka bengkung moden sebab materialnya yang tak panas dan serap peluh. Ikatannya sangat kuat dan sangat selesa dipakai.
Kalau nak pakai sendiri pun tak ada masalah sebab bengkung ni mudah je nak pakai.
Bertungku bukan sahaja penting untuk membuang angin yang ada dalam badan.
Ianya sangat bagus sebagai salah satu cara untuk membakar lemak dengan cara alami. Saya sangat sukakan aktiviti bertungku ketika dalam pantang.
3. Susukan Anak Anda
Kurus secara alami. Sesuatu yang saya suka sangat bab menyusu badan. Tahukah anda, setiap kali kita menyusu, setiap kali itulah kalori kita dibakar.
Untung sangat jika anda menyusu badan berbanding ibu yang memberikan susu formula kepada anaknya.
Namun, perjalanan penyusuan ini bukanlah semudah ABC seperti yang dibayangkan oleh anda, terutamanya jika ini kali pertama anda menyusu bayi.
Akan ada banyak cabaran yang bakal anda lalui. Oleh itu, siapkan dengan ilmu penyusuan sejak dari anda hamil lagi.
4. Jangan Jadikan Alasan Menyusu Untuk Anda Makan Dua Kali Ganda
Ramai dari kita sering gunakan anak sebagai alasan untuk melepaskan diri. Tidak boleh kurus kerana menyusu!
Kesian anak. Dijadikan beban pula jika kita tidak mampu untuk capai sesuatu.
Anda perlu faham nasi yang anda makan dua kali ganda bukan penyebab susu anda banyak.
Komposisi utama susu badan ialah air dan protein. Jadi lebihkan pengambilan air dan protein berbanding karbohidrat.
Antara makanan yang boleh banyakkan susu ialah sup lobak putih, ikan, ayam, soya dan sayur sawi.
Tetapi bukan semua milk booster adalah sama untuk setiap orang. Ada yang serasi dengan lobak putih, tetapi ada juga yang tidak.
Oleh itu, anda perlu try and error apakah makanan yang boleh membanyakkan susu badan anda.
5. Rajinkan Bersenam Walaupun Sekadar Sit Up Ketika Menonton TV
Normal la ketika sebelum kahwin, kitalah olahragawati terbaik tetapi keadaan bertukar sebaik sahaja selepas bersalin. Jika zaman sekolah atau universiti, acara padang mahupun indoor semua kita sapu.
Tetapi apabila beranak pinak, nak angkat raket badminton pun malas.
Untuk masalah perut yang menggelebeh, apa kata anda luangkan untuk sit up sekurang-kurangnya 100kali sehari.
Sambil tengok tv atau melayan anak, anda boleh cuba konsisten buat sit up.
6. Amalkan Minum Air Detox
Air yang paling popular untuk kuruskan badan ialah air detox. Ianya air campuran pelbagai jenis sayuran.
Cara untuk buat air detox ini sangat mudah.
- Masukkan buah-buahan atau sayuran yang telah dipotong ke dalam jar
- Masukkan ais dia atas buah-buahan tersebut
- Masukkan air sehingga memenuhi jar
- Tutup jar tersebut dan biarkan semalaman dalam peti
- Jika anda inginkan perut yang kempis, anda boleh campurkan timun, daun pudina, lemon dan halia.
Untuk penyingkiran lemak pula, anda boleh campurkan teh hijau, limau nipis dan daun pudina.
Saya harap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, khususnya ibu hamil yang sedang menunggu masa sahaja untuk lahirkan bayi.
Selamat mengamalkan petua di atas dan jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan dan saudara anda sekiranya dirasakan ianya memberi manfaat.
Wasalam