Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sama ada sedar atau tidak kita sering terlepas pandang perilaku anak-anak semasa berkunjung ke rumah saudara mara atau jiran tetangga.
jadi saya nak share beberapa tips bagaimana mendidik anak-anak ketika berkunjung agar tidak berlakunya haru biru. 1. Sebelum pergi menziarah
Maklumkan pada anak anda dan minta mereka untuk bersikap sopan nanti.
2. Ajar anak supaya bersalaman
Beritahu pada anak untuk bersalaman dengan tuan rumah ketika pergi berkunjung dan bila nak balik.
3. Apabila makan
Ingatkan anak anda supaya mengambil makanan yang mereka nak makan sahaja dan jangan membazir. Makan dengan tertib dan apabila selesai makan minta mereka kemas dan letakkan semula pinggan dan cawan di tempat yang sepatutnya.
4. Tegur anak-anak
Tegur anak-anak anda dengan cara yang berhemah dan mengawal setiap pergerakan anak-anak sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini. Jika mereka bermain pun pastikan mereka kemas balik barang mainan selepas mereka selesai bermain.
5. Ketika hendak pulang
Ketika hendak pulang pastikan anak-anak anda mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah.
6. Jika anak anda keluar dengan kawan-kawan mereka pastikan anda mengingatkan mereka akan adab-adab ketika berkunjung di rumah jiran tetangga.
7. Beri pujian
Berilah pujian kepada anak anda jika mereka berkelakuan baik dan sopan agar mereka rasa dihargai jika mereka berkelakuan baik dan sopan.
Sampai berjumpa di artikel yang lain pula.
Wasalam.