Teknik Laser Ketatkan Vagina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Mungkin ramai kaum-kaum ibu di luar sana yang risau akan keadaan bahagian intim mereka terutamanya selepas melahirkan anak, Proses melahirkan anak serta penuaan semula jadi memanglah akan memberi kesan kepada otot dan ligamen sekitar vagina kita.

Jadi kali ini saya nak kongsikan artikel  tentang “vaginal rejuvenation” ataupun teknik memudakan dan menganjalkan vagina dengan menggunakan teknik laser…hmmm….macam menyakitkan je, jom kita baca dulu apa sebenarnya teknik ini ye….

suami dan isteri

Sebenarnya ada teknik yang boleh kita amalkan untuk ketatkan bahagian intim kita antaranya:

  1. ambil akar kayu atau jamu,
  2. senaman kemutan (kegel)
  3. Teknik laser

Teknik laser ini sebenarnya dah lama ada. Cuma kat Negara kita ni macam kurang diperkatakan. Yang banyak guna teknik ni mat saleh lah…..

Biasalah mat saleh ni suka sangat percaya teknologi moden.

Dah tajuk artikel ni teknik laser ketatkan vagina jadi saya nak cerita pasal teknik ni lah untuk hari ni…

Dalam teknik laser ini kuasa yang digunakan sebenarnya laser kuasa rendah sahaja dan tak menyakitkan. Jadi ini sebenarnya memudahkan mereka yang guna teknik ni untuk cepat sembuh dan boleh jalankan aktiviti harian seperti biasa.

Cuma yang tak boleh dilakukan pada 3 hari lepas laser ialah aktiviti seksual…

Lagi satu, ravatan laser untuk ketatkan vagina ni bukan kena buat sekali. Tapi kena jalani rawatan sesi ulangan sebulan sekali selama 3 kali berturut-turut.

Teknik laser bukan saja meningkatkan elastisiti pada miss v tetapi membuatkan warna kulit sekitarnya menjadi kemerahan dan tidak gelap lagi. Dengan kata lain warna sekitar vagina tampak cantik dan menarik.

Dari artikel yg saya baca rawatan mengetatkan vagina dengan laser ni  tidak melibatkan penggunaan jarum hingga mengakibatkan pendarahan. Tempoh rawatan untuk setiap sesi pula adalah Antara 1 ke 2 jam.

Kos rawatan :

Anggaran dalam RM2500 ke atas.

wah memang mahal rawatan ini…tapi sebahagian orang sanggup berabis beribu-ribu hanya untuk kecantikan kan…

Kelebihan Teknik Laser Ketatkan Vagina

1)      Prosedur pembedahan ke atas pesakit luar yang hanya mengambil masa lebih kurang satu jam.

2)       Sebagai pelopor dalam teknik yang unggul ini, sesuatu yang paling mengujakan ialah ia mampu pulih dalam tempoh yang cepat dan wanita yang menjalani rawatan boleh kembali melakukan rutin harian selepas melakukan prosedur tersebut.

Walau apapun rawatannya pastikan kita telah pertimbangkan semua kebaikan dan keburukan serta dapatkan nasihat yang sewajarnya daripada pihak yang lebih mengetahui. Baik pengambilan jamu atau membuat senam kegel atau teknik LVR ini, sama-sama lah kita menjaga bahagian intim kita untuk kebahagian rumahtangga.

NOTA : sila take note – jika anda dah buat rawatan laser ni, dan tiba-tiba anda termengandung lagi, kemungkinan besar doctor tak galakkan anda bersalin normal dan hanya boleh bersalin secara permbedahan. Jadi jika anda nak pertimbangkan rawatan ni, pastikan anda memmang dah “tutup kedai”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *