Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sesetengah ibu bapa ada yang terlepas pandang tentang penjagaan gigi anak-anak mereka. kadang-kadang kita boleh lihat sesetengah anak-anak kecil giginya hitam dan juga rongak. Dan ada juga yang jenis gigi bersih, putih dan tak rongak pon kan?
Mesti geramkan tengok gigi anak-anak yang sihat macam tu? Jadi saya akan share 7 tips untuk jaga gigi anak anda.
1. Elak anak hisap botol susu sambil tidur.
Jangan biarkan anak hisap botol susu kemudian terus tidur. Kandungan kanji atau karbohidrat dalam susu akan membentuk lapisan plak pada permukaan gigi anak anda.
2. Gosok gigi seawal enam bulan.
Gigi susu yang pertama iaitu gigi kacip atau gigi insisor akan tumbuh pada usia lebih kurang enam bulan ke atas. Gigi itu adalah gigi kacip hadapan pada rahang bawah. Apabila gigi sudah tumbuh, anda sudah boleh bersihkan gigi anak anda. Anda boleh menggunakan kain atau berus kecil yang lembut untuk membersih.
3. Lepas hisap susu, minum air masak.
Sebaiknya selepas setiap kali anak anda habis menghisap susu, beri sedikit air kosong atau lapkan gigi anak anda menggunakan kain yang bersih. Elakkan membiarkan puting botol susu berterusan dalam mulut bayi supaya permukaan gigi tidak terlalu lama dilapisi dengan selaput plak yang akan menyebabkan kerosakan gigi anak anda.
4. Penjaggan gigi susu sangat penting.
Sekiranya gigi susu terpaksa dicabut lebih awal daripada usia sepatutnya, ruang pada rahang boleh terjejas sehingga menyebabkan gigi kekal akan tumbuh pada posisi yang tidak teratur. Apabila perkara ini berlaku, maka bila dewasa, anak anda berkemungkinan memerlukan rawatan orthodontik bagi membetulkan susunan set gigi kekal mereka.
5. Bawa anak usia setahun jumpa doktor gigi.
Dinasihatkan anak berusia setahun dibawa berjumpa doktor pergigian supaya dapat diberi tunjuk ajar cara membersihkan gigi dengan betul pada usia ini.
6. Penjagaan gusi juga penting
Gusi anak perlu dijaga dengan membersihkan gusi walaupun sebelum gigi susu tumbuh. Jika sisa susu tidak dibersihkan dengan betul pada rongga mulut anak anda, ia akan menyebabkan mulut anak akan berbau masam dan gusi boleh menjadi keputih-putihan dan tidak sihat.
Sampai kita berjumpa di artikel yang lain pula ye 🙂
Wasalam.