Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bukan mudah bila ibu yang menyusukan anak sepenuhnya
nak kembali ke tempat kerja. Macam-macam perkara yang
difikirkan.
Antaranya ialah nak kena ajar bayi kita hisap susu dalam
botol susu.
Jadi mestilah nak kena beli botol susu untuk anak kan?
Tapi, botol susu macam mana yang anak kita serasi? Kalau
main beli je, nanti anak kita tak nak, tak ke membazir?
Pening juga nak pilih botol susu ni, sebab ada macam-
macam jenama dan jenis dalam pasaran sekarang ni. Dari
yang mahal hinggalah ke murah. Tapi kalau beli mahal-
mahal pun anak kita tak nak lagi lah haru.
Jadi mari kita semak beberapa tips yang boleh di ambil kira
semasa memilih botol susu untuk anak anda.
1. Bentuk Puting Botol
Ada botol susu, putingnya panjang, ada yang pendek. Ada
yang agak keras, ada yang lembut (biasanya puting yan
gwarna kuning tu lembut).
Yang paling baik adalah yang paling sama bentuknya dengan nipple kita supaya anak tak rasa keliru dengan puting botol dan juga nipple.
Kita kena cuba satu persatu untuk tengok puting botol yang mana yang anak kita suka.
2. BPA Free
Ini yang paling penting. Botol susu yang kita pilih mestilah
BPA Free.
3. Jenis Botol
Ada sesetengah ibu suka botol kaca sebab tak berbau, ada yang suka botol plastik sebab ringan dan selamat untuk bayi. Dan sekarang dah ada botol stainless steel, yang macam termos tu.
4. Sukatan Botol Susu
Botol susu mempunyai banyak saiz. Ada yang kecil (5 oz) dan ada yang besar (8/9 oz). Terdapat sesetengah ibu malas nak beli botol banyak kali, jadi terus beli yang besar.
Tapi, kena ingat, botol susu memang perlu diganti setiap 3 bulan ataupun apabila botol susu tu dah bercalar (kalau guna botol plastik). Tak perlu membazir nak beli botol yang besar terus.
5. Harga
Harga botol susu dan putingnya perlu diambil kira juga.
Botol mungkin kita tak tukar selalu, tapi putingnya kita
selalu tukar kan? Jadi, kenalah fikir, mampukan dan
berbaloikah kita beli puting botol itu sekiranya ia terlalu
mahal?
6. Demand Botol Susu Tersebut
Semasa pemilihan botol susu, kita pilihlah botol susu yang senang didapati supaya jika anak kita serasi dengannya, mudah untuk kita membelinya.
Takkan nak pilih botol yang hanya dijual disesetengah kedai sahaja kan? Kalau kedai tu takde stok, macam mana kita nak membeli botol susu baru yang sama jenama?
Untuk ibu-ibu, jangan berputus asa ye dalam mencari botol
susu yang sesuai untuk anak ibu-ibu. In sya Allah, mesti
jumpa juga nanti.
Selamat mencari botol susu yang sesuai.
Wasalam