8 Bahan Hebat Untuk Penjagaan Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Siapa sangka bahan-bahan semulajadi yang biasanya kita gunakan dalam masakan mempunyai khasiat hebat dalam kecantikan dan penjagaan dalaman wanita.

Khasiatnya yang tinggi membuat segelintir pengguna lebih gemar menjaga kesihatan menggunakan kaedah tradisional berbanding cara moden.

Bukan sahaja mudah untuk di cari malah ia lebih selamat digunakan berbanding ubat-ubatan moden yang melalui banyak proses pembuatannya.

Jom kita ketahui antara bahan semulajadi yang kita boleh gunakan.

1. Manjakani

Manjakani bukan sahaja di gunakana dalam perubatan tradisional terutama untuk wanita selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina. Ia juga boleh menyelesaikan masalah kulit kendur, caranya rebus beberapa biji manjakani sehingga lembut.

Kemudian picit manjakani sehingga mengeluarkan lendir ataupun getah, lumurkan getah itu di seluruh muka dan anggota badan. Biarkan kering kemudian dibilas. Elok diamalkan setiap hari sama ada pada sebelah pagi atau petang iaitu sebelum mandi.

2. Kunyit

Di India, kunyit dijadikan penawar untuk menyembuhkan luka, batuk dan selesema. Kunyit juga membantu menghaluskan kulit, mengurangkan keputihan dan mencegah panas dalam badan.

Jika anda mahu menghaluskan kulit, campurkan kunyit yang ditumbuk halus bersama air suam, kacau sehingga sebati dan lulur pada anggota badan. Ia dijadikan skrub untuk haluskan kulit.

3. Pandan

Pandan sering digunakan dalam masakan bagi menghasilkan aroma harum pada setiap hidangan. Tapi ia juga boleh digunakan untuk kecantikan.

Bagi yang ingin menghitamkan rambut, hiris halus daun pandan muda, rebus sehingga air berwarna hijau, lalu diembunkan semalaman.

Pada keesokan hari, campurkan air rebusan daun pandan tadi bersama perahan biji buah mengkudu. Sapu air tersebut pada rambut dan ramas perlahan- lahan selama 10 – 15 minit, kemudian bilas. Lakukan tiga atau empat kali seminggu.

4. Serai

Serai adalah salah satu bahan yang boleh mencairkan lemak pada badan. Caranya; rebus tiga batang serai bersama dua cawan air di dalam periuk sehingga mendidih. Minum air rebusan serai ketika ia masih hangat kerana hasilnya dalam menyingkirkan lemak pada badan lebih efektif. Amalkannya seminggu sekali.

5. Kayu Manis + Madu

Campuran madu dan kayu manis boleh mencegah, merawat dan menghilangkan jerawat. Caranya, campurkan tiga camca besar madu dan satu camca besar serbuk kayu manis.

Kemudian sapukan campuran itu pada bahagian muka yang berjerawat, lakukan sebelum tidur. Keesokan pagi, bilas wajah anda dengan air suam, amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut. Hasilnya ia akan menyingkirkan jerawat.

6. Buah Mengkudu

Buah mengkudu lazimnya digunakan untuk mencantikkan kulit. Ia boleh dijadikan sebagai masker muka. Caranya; kupas buah mengkudu lalu hancurkan isinya, campur dengan setengah camca besar madu dan satu camca besar putih telur.

Adunkan sehingga rata, sapukan pada muka dan tunggu hingga 30 minit sehingga masker mengering. Selepas itu, bilas dengan air suam dikuti air biasa.Lakukan satu hingga dia kali semingggu. Ia tidak sesuai untuk mereka yang berkulit kering.

7. Halia

Halia dapat mengembalikan semula bentuk badan langsing selepas bersalin. Caranya; ambil dua inci halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat dan perahkan air limau nipis.

Selepas itu, makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam.  Lakukan setiap hari sewaktu berpantang.

Tapi pastikan bayi anda sudah tiada jaundisnya ya sebab halia ni panas takut nanti memberikan efek pada bayi anda pula.

8. Daun Teh + Limau Nipis

Selain dijadikan minuman, daun teh juga boleh diaplikasikan dalam kamus cantik untuk menghaluskan kulit serta mencantikkan rambut. Caranya; cuci bersih daun teh, masukkan ke dalam gelas berisi air putih.

Tutup gelas dan biarkan semalaman. Keesokan harinya, campurkan air rendaman daun teh yang sudah ditapis ndengan perahan limau nipis. Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kali selepas bersyampu. Hasil rambut sihat bermaya pasti jadi milik anda.

Jadi macam mana, mudah sahaja kan. Yang penting ia dari bahan semulajadi, walaupun kesan nya lambat tapi yang penting selamat…hehehe.

Selamat mencuba.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *