Tag Archives: bernanah

Luka cesarean bernanah dibahagian hujung kiri dan kanan

Salam ceria 🙂

Hari ini saya ingin berkongsi email dan komen yang saya terima dari Ina (salah seorang pengunjung blog dan web bengkungmoden.com).

Soalan Ina dan jawapan saya seperti dibawah. Semoga perkongsian ini berguna buat anda juga 🙂

salam k.faz,

sy masih dlm pantang bersalin anak ke-2 secara cesarean. x sangka plak nk kena emergency cesar. sy da pun berurut, bertungku dan berbengkung selama 3hari berturut3 mak bidan dtg umah dulu. tp la ni bengkung tu sy tinggalkn dulu sbbnye semlm sy discover ada mcm tompok2 darah cair melekat kat panty.

bila dicek, betullah tmpt luka operate yg plg ujung tu mcm berair skek. w/pun kecik jer tp risau sgt jdnye sy skrg nie. any tips x kak?

da elok2 sy mandi, la ni sy berlap bdn je blk. fyi, sy hanya keringkn tmpt luka gunakn kipas n sapuan kapas kering jer. xplak pkai hair dryer. :(. (adakah ini salah satu penyebabnye?)

Salam Ina,

Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden dan tahniah atas kelahiran cahaya mata terbaru 🙂

Ya.. tompok2 tu adalah nanah. Tapi kalau ada satu sahaja dan dibahagian hujung jahitan, tak usah risau sangat. Pakai bengkung macam biasa dan picit nanah tu sampai keluar semuanya.

Akak dulu pun lepas bersalin cesarean ada juga satu ketulan keras bernanah dibahagian hujung luka jahitan. Menurut gynea yang cesar akak dulu, biasanya kulit di bahagian hujung (di kedua belah kiri dan kanan) dijahit lebih tebal dari bahagian tengah. Jadi kemungkinan untuk bernanah dibahagian hujung tu agak lebih tinggi dari bahagian tengah.

Tapi kalau nanah tu merebak dan makin banyak, sebaiknya Ina jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Berkenaan mandi, Ina boleh mandi seperti biasa. Masa mandi tu boleh juga kalau nak cuci luka dengan cecair dettol yang telah dicairkan. Ataupun kalau tak nak tempat luka tu basah, cover tempat luka tu dengan plastik, dan lekatkan dengan sallophane tape.

Tapi, untuk keringkan luka, sebaik-baiknya gunakan pengering rambut. Kalau pakai kipas kurang berkesan… dan pastikan kipas tu tak berhabuk.

Harap jawapan dan tips diatas membantu Ina ye. Kalau ada masalah & soalan lagi, just contact akak disini… disiniiii… disiniii … 😉

Kak Faz

Luka pembedahan bernanah?

Hello..

Saya pasti anda masih didalam mood raya kan?

Sebelum anda membaca lebih lanjut, ingin sekali saya mengucapkan tahniah kepada pelanggan-pelanggan saya yang baru sahaja bersalin. Semalam (10/10/2008) merupakan ulang tahun pertama anak bongsu saya Idrisha (buat masa ini anak bongsu laa…). Bermakna sudah setahun saya melewati tempoh bersalin pembedahan (caeserean) kali ke 2.

Pengalaman bersalin secara caeserean pertama saya ialah 5 tahun yang lalu sewaktu saya melahirkan anak ke 2 saya Idrizul pada 7/10/2003. Ah… teringat balik segala resah gelisah, kerisauan dan kebimbangan saya dulu. Maklumlah, banyak informasi tentang caeserean yang saya tak tahu pada waktu tu.

okay, hari ini saya ingin berkongsi tips tentang cara menjaga luka pembedahan yang bernanah. Beberapa hari sebelum raya dulu, saya menerima soalan dari salah seorang pelanggan saya bernama Ima yang risau kerana selepas 2 minggu bersalin, tiba-tiba beliau merasa sakit ditempat luka pembedahan. Menurut Ima, terdapat satu ketulan putih ditepi sebelah kanan luka pembedahan yang mana apabila ditekan, akan terasa sakit.

Seperti yang saya kongsikan dengan Ima, saya kongsikan juga dengan anda pembaca blog Bengkung Moden.

Menurut doktor yang melakukan operasi pembedahan saya dulu, kebiasaannya kulit dijahit lebih tebal dibahagian tepi sebelah kiri dan kanan berbanding dibahagian tengah. Disebabkan ini, bagi sesetengah individu seperti Ima akan berlaku pernanahan ditempat yang kulit dijahit lebih tebal . Sebenarnya saya juga pernah mengalami keadaan yang sama seperti Ima kerana secara tiba-tiba terdapat satu ketulan keras di bahagian sebelah tepi ditempat jahitan luka.  Satu ketulan sahaja tidaklah merisaukan saya pada waktu itu. Kebetulan, ia berlaku seminggu sebelum tarikh saya berjumpa dengan doktor. Jadi sewaktu pemeriksaan dengan doktor,  ketulan nanah dicuci dan dibersihkan dengan anti septik. Cara cuciannya juga tidaklah menyakitkan… anti septik diletak pada kapas dan disapu ditempat jahitan luka pembedahan. Itu saja…

Jika ini berlaku kepada anda juga, usah risau. Pakai Bengkung Moden seperti biasa dan lapik dengan tisu di keliling perut dan pinggang dan juga di tempat luka pembedahan. Selain dari itu, seperti yang telah saya nyatakan di posting yang lepas (boleh lihat dibahagian tips), sapukan ubat luka ditempat pembedahan setiap kali selepas mandi sebagai preventive measures. Juga, pastikan tempat luka dikeringkan dengan menggunakan hair dryer (bukan dikeringkan dengan kipas ye… 🙂

Namun begitu, jika tempat luka mempunyai nanah 3 biji atau lebih, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Harap tips diatas membantu.

Jika ada sebarang kemushkilan, please feel free to contact me ya 😉

Kak Faz