Luka cesarean bernanah dibahagian hujung kiri dan kanan

Salam ceria 🙂

Hari ini saya ingin berkongsi email dan komen yang saya terima dari Ina (salah seorang pengunjung blog dan web bengkungmoden.com).

Soalan Ina dan jawapan saya seperti dibawah. Semoga perkongsian ini berguna buat anda juga 🙂

salam k.faz,

sy masih dlm pantang bersalin anak ke-2 secara cesarean. x sangka plak nk kena emergency cesar. sy da pun berurut, bertungku dan berbengkung selama 3hari berturut3 mak bidan dtg umah dulu. tp la ni bengkung tu sy tinggalkn dulu sbbnye semlm sy discover ada mcm tompok2 darah cair melekat kat panty.

bila dicek, betullah tmpt luka operate yg plg ujung tu mcm berair skek. w/pun kecik jer tp risau sgt jdnye sy skrg nie. any tips x kak?

da elok2 sy mandi, la ni sy berlap bdn je blk. fyi, sy hanya keringkn tmpt luka gunakn kipas n sapuan kapas kering jer. xplak pkai hair dryer. :(. (adakah ini salah satu penyebabnye?)

Salam Ina,

Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden dan tahniah atas kelahiran cahaya mata terbaru 🙂

Ya.. tompok2 tu adalah nanah. Tapi kalau ada satu sahaja dan dibahagian hujung jahitan, tak usah risau sangat. Pakai bengkung macam biasa dan picit nanah tu sampai keluar semuanya.

Akak dulu pun lepas bersalin cesarean ada juga satu ketulan keras bernanah dibahagian hujung luka jahitan. Menurut gynea yang cesar akak dulu, biasanya kulit di bahagian hujung (di kedua belah kiri dan kanan) dijahit lebih tebal dari bahagian tengah. Jadi kemungkinan untuk bernanah dibahagian hujung tu agak lebih tinggi dari bahagian tengah.

Tapi kalau nanah tu merebak dan makin banyak, sebaiknya Ina jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Berkenaan mandi, Ina boleh mandi seperti biasa. Masa mandi tu boleh juga kalau nak cuci luka dengan cecair dettol yang telah dicairkan. Ataupun kalau tak nak tempat luka tu basah, cover tempat luka tu dengan plastik, dan lekatkan dengan sallophane tape.

Tapi, untuk keringkan luka, sebaik-baiknya gunakan pengering rambut. Kalau pakai kipas kurang berkesan… dan pastikan kipas tu tak berhabuk.

Harap jawapan dan tips diatas membantu Ina ye. Kalau ada masalah & soalan lagi, just contact akak disini… disiniiii… disiniii … 😉

Kak Faz

11 thoughts on “Luka cesarean bernanah dibahagian hujung kiri dan kanan”

  1. sy bru 20 ari lepas bersalin melalui pembedahan.soalan sy,sya mengalami sembelit. meneran terlalu kuat adakah boleh menyebabkan luka pembedahan terbuka?

  2. salam zie,

    tahniah kerana mendapat baby baru 🙂

    Luka pembedahan tak kan terbuka kerana sembelit, tapi jangan di biarkan sembeit tu… nanti ada masalah lain plak kat bahagian tu. Sebaiknya cuba dapatkan ubat untuk sembelit tu ye..

  3. salam..
    pd bln ogos lalu sy bersalin secara cesarean.pas 1weeks kuar wad, sy alami pendarahan & nanah di bhgn tgh jahitan.agk teruk gak smpi msk wad skali lg. doc cm cuci bhgn yg luka 2..mula2 dh ok tp rupanya msh kuar nanah & air bisa ckit.tensen gak sbb xdpt nk susukn baby.pas mkn ikan haruan n minum gamat br lega.itupn msh ada lg..xtau la cmner nk berubat lg.
    ada saper2 yg leh bg pendapat x utk sembuhkan luka gan cpt? 😕

  4. Salam Ummu,

    Ada tanya doktor tak sebab kenapa jadi macam tu? Akak rasa seeloknya tanya kat doktor sebab musababnya sebab sepatutnya luka tak ada masalah kalau dijaga dengan baik dan pastikan sentiasa kering. Kecuali jika ada masalah lain yang menyebabkan luka tu kena jangkitan

  5. salam…kak faz,

    saya baru bsalin ank kedua 26 hari lepas..czer sbb ank melintang..2minggu pertama luka saya ok tp pastu tgk hujung kanan bengkak(mmg dah sedia bengkak slps bedah cuma xsakit) n sakit..esoknya tbuka ckit…dalm 2mm..tp pedih sgt…suami bg saya cream utk sapu tp bl tgk luka xcantum saya letak minyak gamat alhamdulillah ok just hari ni mcm tbuka dan tmbah runsing bl yang kiri plak mcm bengkak…benang br kuar.bhgn lain semua dah bcantum cantik…
    nak tanya akak blh ke sy guna minyak gamat tu sbb tukang urut ckp jgn guna minyak..sy agak stress bl jd mcm ni sbb sy bpantang sndiri..xde sapa yang jaga so sy byk bgerak wat itu ini ckit2(xla angkat atau wat keje berat2)
    apape pun saya dahulukan ngn ucapan terima kasih…

  6. wslm 🙂

    Cuba puan sapu ubat pusat baby (spirit) di bahagian yang bengkak tu ye. Dan jangan lupa pastikan luka sentiasa kering. Kalau puan masih risau, boleh cuba buat pemeriksaan di klinik

  7. Hi! kak Faz, Saya ini bersalin anak ke2. Pertama normal ke2 caesar. Pada minggu pertama Dan kedua jahitan nampak catnip je…. Tapi minggu ke3 jahitan hujung sekali sebelah kanan bengkak Dan sakit. Saya dah Cuba tekan tenguk Ada nanah x.. Tapi tak ada…. Sekarang saya takut terkena kuman… Apa patut saya lakukan kak? Opp……. Kak Faz, saya ada angkat barang berat seperti air rebusan mandian anak Dan ibu… Adakah itu puncanya… Luka saya bengkak didalam, merah diluaran….

  8. Hi! kak Faz, Saya ini bersalin anak ke2. Pertama normal ke2 caesar. Pada minggu pertama Dan kedua jahitan nampak cantik je…. Tapi minggu ke3 jahitan hujung sekali sebelah kanan bengkak Dan sakit. Saya dah Cuba tekan tenguk Ada nanah x.. Tapi tak ada…. Sekarang saya takut terkena kuman… Apa patut saya lakukan kak? Opp……. Kak Faz, saya ada angkat barang berat seperti air rebusan mandian anak Dan ibu… Adakah itu puncanya… Luka saya bengkak didalam, merah diluaran…. 🙁

  9. hi jess… Nanti keluar lah nanah nye tu. Just sapu ubat pusat baby utk keringkn bahagian merah tu. Don’t worry… Itu memang biasa berlaku…

  10. Selamat Hari Raya kak Faz….. Minta maaf ya kale saya menggangu kak Faz di hari mulia ini. Saya ini orang cina ya,, nak mintak nasihat kak Faz ya. Bila agaknya nanah tu nak keluar? Perlukah saya berjumpa dengan doc? Tapi luka saya kering cuma dapat rasa Ada satu biji bengkak di bahagian dalam..! Kak Faz, boleh x kalau sy nak pakai bengkung dalam keadaan begini? Terima kasih diatas nasihat kak Faz. Ha! Satu lagi ubat sapu pusat bb awl lagi sy sdh buang. Ada tak cara lain utk sapu kat luka tu…terima kasih. 😛

  11. salam kak..

    saya baru jer melahirkan anak pertama pada 31 ogos lalu….2minggu pertama nurse datang check jahitan saya ok…tapi ni saya baru kesan ada darah yang warnanye cair je di bahagian tengah jahitan….adakah mungkin darah ni bercampur ngan nanah sbb tu warnenye cair…pe patut saya buat jew..n bahagian tersebut juga bengkak…lepas mandi saya slalu keringkan guna kipas n lap dengan tisu lembut supaya bahagian jahitan slalu kering….adakah sebab saya terlalu lasak seperti selalu bangun dan duduk…kekadang duduk jugak atas lantai..
    terima kaseh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *