Tag Archives: nanah

Luka cesarean terbuka kerana jangkitan

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah benar yang terjadi kepada salah seorang pelanggan saya. Cerita ni dah agak lama juga laa… tapi baru hari ini saya berkesempatan untuk tulis disini.

Kira-kira 2 bulan lepas saya telah dikunjungi oleh seorang pelanggan bernama Intan yang ingin membeli bengkung moden untuk adiknya. Menurut Intan, adiknya sudah beberapa minggu bersalin cesarean tetapi perlu berulang alik ke hospital kerana masalah luka pembedahannya yang terbuka dan dijangkiti kuman.

Menurut Intan masalah ini bermula apabila adiknya (nama Intan juga…) telah menyapu gel gamat ke tempat luka cesarean seminggu selepas bersalin. Walaupun gel hanya disapu sekali sahaja, tapi tak sangka kesannya begitu cepat sekali. Diwaktu malam, tiba-tiba saja adiknya terasa kain batik yang dipakai basah. Setelah diperiksa, rupa-rupanya ada air jernih yang keluar dari luka cesarean.

Selepas dibawa ke hospital doktor mengesahkan yang luka cesarean Intan ini perlu dibuka dan dicuci 2 kali sehari sehingga bahagian yang dijangkiti kuman telah benar-benar clear.

Bermula dari hari itu, Intan perlu ke hospital 2 kali sehari – pagi dan petang untuk cuci luka. Dan setiap kali luka dicuci tiada ubat penahan sakit yang diberi. Jadi kenalah Intan ni tahan sakit setiap kali luka dicuci. Sakitnya.. hhmmm… sampai menangis lah.

Dan update terbaru yang saya terima, luka Intan dah pun hampir bercantum sepenuhnya selepas 2 bulan lebih bersalin.

Pengajarannya, jangan sesekali sapu sebarang gel atau minyak gamat dibahagian luka cesarean. Kalau rasa nak sapu juga, anda boleh sapu ubat luka sahaja atau tunggulah luka tu dah betul-betul baik baru disapu gel gamat. Sepatutnya luka cesarean Intan ini dah boleh baik sepenuhnya dalam masa 2 bulan. Tapi disebabkan oleh gel gamat yang disapu pada luka, ia telah menyebabkan luka bernanah dan melambatkan proses penyembuhan.

Malahan, doktor Hamid Arshad juga ada berpesan didalam artikel beliau :

Makanan makanan tambahan untuk mempercepatkan proses pemulihan di luka, seperti Jeli, pati ikan haruan dan lain lain bahan di pasaran tidak dicegah.

Apa yang dilarang ialah mengaplikasikan terus ubat pati gamat atau pati haruan pada bahagian bahagian luka ketika 3 minggu pertama selepas dibedah.Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kesakitan yang teramat sangat berlaku. Jika ini berlaku anda mesti bersihkan kawasan yang dijankiti kuman dengan savlon yang dicampur air suam, berserta kapas bersih pada kawasan itu. Picit air bisa dan nanah keluar setiap hari dan biarkan luka terdedah kepada udara.

Untuk bacaan lanjut, saya kongsikan juga disini kisah seorang ibu yang juga mengalami masalah luka cesarean yang dijangkiti kuman. Cuma kisah dia ni lagi seram sebab jangkitan tu sebenarnya adalah dari alat yang digunakan untuk menjahit luka cesarean. >> sila klik disini untuk baca kisah ini. Jangan risau, tak ada gambar yang menyeramkan pun.. he… he… <<

Kak Faz

Luka pembedahan bernanah?

Hello..

Saya pasti anda masih didalam mood raya kan?

Sebelum anda membaca lebih lanjut, ingin sekali saya mengucapkan tahniah kepada pelanggan-pelanggan saya yang baru sahaja bersalin. Semalam (10/10/2008) merupakan ulang tahun pertama anak bongsu saya Idrisha (buat masa ini anak bongsu laa…). Bermakna sudah setahun saya melewati tempoh bersalin pembedahan (caeserean) kali ke 2.

Pengalaman bersalin secara caeserean pertama saya ialah 5 tahun yang lalu sewaktu saya melahirkan anak ke 2 saya Idrizul pada 7/10/2003. Ah… teringat balik segala resah gelisah, kerisauan dan kebimbangan saya dulu. Maklumlah, banyak informasi tentang caeserean yang saya tak tahu pada waktu tu.

okay, hari ini saya ingin berkongsi tips tentang cara menjaga luka pembedahan yang bernanah. Beberapa hari sebelum raya dulu, saya menerima soalan dari salah seorang pelanggan saya bernama Ima yang risau kerana selepas 2 minggu bersalin, tiba-tiba beliau merasa sakit ditempat luka pembedahan. Menurut Ima, terdapat satu ketulan putih ditepi sebelah kanan luka pembedahan yang mana apabila ditekan, akan terasa sakit.

Seperti yang saya kongsikan dengan Ima, saya kongsikan juga dengan anda pembaca blog Bengkung Moden.

Menurut doktor yang melakukan operasi pembedahan saya dulu, kebiasaannya kulit dijahit lebih tebal dibahagian tepi sebelah kiri dan kanan berbanding dibahagian tengah. Disebabkan ini, bagi sesetengah individu seperti Ima akan berlaku pernanahan ditempat yang kulit dijahit lebih tebal . Sebenarnya saya juga pernah mengalami keadaan yang sama seperti Ima kerana secara tiba-tiba terdapat satu ketulan keras di bahagian sebelah tepi ditempat jahitan luka.  Satu ketulan sahaja tidaklah merisaukan saya pada waktu itu. Kebetulan, ia berlaku seminggu sebelum tarikh saya berjumpa dengan doktor. Jadi sewaktu pemeriksaan dengan doktor,  ketulan nanah dicuci dan dibersihkan dengan anti septik. Cara cuciannya juga tidaklah menyakitkan… anti septik diletak pada kapas dan disapu ditempat jahitan luka pembedahan. Itu saja…

Jika ini berlaku kepada anda juga, usah risau. Pakai Bengkung Moden seperti biasa dan lapik dengan tisu di keliling perut dan pinggang dan juga di tempat luka pembedahan. Selain dari itu, seperti yang telah saya nyatakan di posting yang lepas (boleh lihat dibahagian tips), sapukan ubat luka ditempat pembedahan setiap kali selepas mandi sebagai preventive measures. Juga, pastikan tempat luka dikeringkan dengan menggunakan hair dryer (bukan dikeringkan dengan kipas ye… 🙂

Namun begitu, jika tempat luka mempunyai nanah 3 biji atau lebih, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Harap tips diatas membantu.

Jika ada sebarang kemushkilan, please feel free to contact me ya 😉

Kak Faz