8 Rahsia Mendidik Anak Cara Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anak-anak merupakan amanah yang Allah S.W.T berikan kepada kita. Mendidik anak memang memerlukan kesabaran yang penting.

Jadi hari ini saya akan kongsikan beberapa rahsia yang boleh di lakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.

Insya-Allah cara ini diharapkan dapat  membangun mental agar anak anda menjadi seorang yang berjaya dan membanggakan.

1. Beri nama panggilan yang baik

Beri dan panggil anak anda dengan nama yang baik- baik. Panggilan yang kurang baik boleh membuatkan anak anda rasa rendah diri dan malu.

2. Peluk anak anda setiap hari

Berikan pelukan pada anak anda setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang sentiasa dipeluk setiap jari akan menpuanyai kekuatan IQ yang lebih kuat.

3. Elakkan guna tangan atau anggota tubuh lain untuk memukul anak anda

Jangan sesekali memukul anak anda dengan tangan, ia akan  menjadikan anak itu lebih nakal dan degil.

4. Banyakkan instigfar dan elak dari mengeluh

Dalam membesarkan dan mendidik anak, jangan lah sering mengeluh kerana bila anak mendengar keluhan, mereka akan menganggap diri mereka satu beban.

5. Tunjukkan sikap yang baik pada anak anda

Jangan hanya peluk sahaja, berikan juga kata-kata nasihat. Tunjukkan juga sikap yang baik bila di hadapan anak anda.

6. Tenangkan anak

Adakalanya anak kita panik dan tidak tahu nak buat apa, jadi tenangkan anak anda dengan memeluknya erat.

7. Dengar bila anak anda bercakap

Luangkan masa dengan mendengar cerita yang anak anda cuba sampaikan. Tunggu sampai dia habis bercakap dulu kemudian baru anda mencelahnya jadi dia akan faham tentang giliran bercakap.

8. Berikan ciuman selamat malam sebelum masuk tidur

Berikan ciuman sebagai tanda kasih sayang kita pada mereka. Usaplah ubun-ubun kepala anak anda sambil bacakan doa yang baik-baik.

Harap artikel ini bermanfaat untuk anda.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *