5 Tips Pilih Kasut Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kaki adalah anggota badan yang penting untuk menyokong keseluruhan tubuh.

Pemilihan kasut yang betul pula penting untuk menyokong fungsi kaki tadi terutamanya ketika hamil. Maklumlah apabila perut semakin membesar dan berat badan pula bertambah, memang susah untuk ibu-ibu bergerak

Kalau salah memilih ibu-ibu hamil bakal berdepan dengan masalah sakit belakang juga.Jadi memang pemilihan kasut adalah antara perkara yang tidak boleh di pandang ringan oleh ibu-ibu ye. Ok jom kita tengok pula kasut yang sesuai di jadikan pilihan ibu hamil :

1. Tapak Rata

Seboleh mungkin, pilih kasut yang mempunyai tapak yang leper dan rata. Apabila kandungan semakin membesar, ibu-ibu memerlukan lebih sokongan untuk berdiri dan bergerak dengan stabil.

Kasut bertumit akan menyukarkan pergerakan dan boleh membuatkan ibu tergelincir.

2. Tapak Tidak Licin

Selain tapak yang rata, pastikan permukaan tapak juga tidak licin.Tapak yang licin boleh menyebabkan kita tergelincir terutama sekali ketika berjalan di lantai yang basah atau ketika menuruni tangga.

3. Selesa Dipakai

Pilih kasut yang selesa dipakai dan mempunyai potongan yang lebar. Tapak yang lembut juga penting untuk memberi keselesaan kepada kaki.

Maklumlah sesetengah ibu hamil akan mengalami edema atau bengkak kaki. Memilih kasut atau sandal yang berpotongan lebar akan memberikan keselesaan kepada kaki.

4. Mudah Disarung (Slip on)

Pilihlah kasut yang boleh disarung dengan mudah tanpa memerlukan ibu membongkok atau memerlukan bantuan untuk memakainya.

Antara kasut yang memenuhi kriteria ini ialah sandal. Kasut bertali juga kurang sesuai dipakai kerana ibu perlu mengikatnya. Ianya juga merbahaya kerana ibu-ibu boleh terpijak tali dan jatuh tersadung.

5. Stylish

Mengandung tidak bermakna ibu-ibu tidak boleh bergaya. Selain empat kriteria di atas, jangan lupa juga pilih kasut yang cantik dan bergaya.

Selain pemilihan kasut yang sesuai, postur badan yang betul juga penting untuk memastikan ibu hamil kekal sihat dan mengelakkan diri daripada sakit belakang.

Sekiranya ibu masih mengalami sakit belakang walaupun telah memilih kasut yang sesuai dan bergerak dengan postur yang betul , ibu-ibu mungkin kekurangan kalsium dan memerlukan vitamin ini.

Moga artikel ini bermanfaat untuk kita semua ye 🙂

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *