Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Baru saja terlena, dengar pula tangisan si manja anda. Bila tengok jam..mak aii baru pukul 1 pagi, kalau setiap malam macam ni..pening kepala juga ye. Kadang-kadang keadaan ini bukan disebabkan baby anda lapar mungkin ada beberapa keadaan yang buat dia terjaga.
Jom tengok apa 7 sebab lain yang buat baby anda terjaga.
1. Bila keadaan terlalu panas atau terlalu sejuk
Bila keadaan ini berlaku, bayi anda mudah rasa tak selesa. Oleh itu, sebelum tidurkan bayi anda pastikan anda tidak pakaikan dia baju yang terlalu tebal atau nipis. Pastikan suhu bilik bersesuaian dengan bayi anda.
2. Bila bunyi bising secara tiba-tiba
Bunyi bising yang disebabkan oleh bunyi kereta, motorsikal atau tertutup pintu dengan kuat juga boleh menyebabkan bayi anda terjaga dari tidurnya. Oleh itu, selepas tidurkan bayi anda pastikan anda menutup pintu dan tingkap dengan rapat untuk mengelakkan bunyi bising dari luar.
3. Berlaku perubahan pada rutin tidur bayi anda
Ada perubahan berlaku pada rutin tidur bayi anda. Ini menjadikan waktu tidur mereka tidak menentu. Jangan risau waktu tidur mereka akan kembali seperti biasa selepas beberapa hari.
4. Baby anda mempelajari sesuatu yang baru
Biasanya bila baby anda sudah mencapai satu umur, mereka akan mula mempelajari ‘development’ yang baru. Antaranya mereka akan mula meniarap, merangkak atau berjalan. Pantau bila anak anda biasanya akan terjaga supaya tidak akan berlakunya insiden seperti anak jatuh dan sebagainya.
5. Kalau anak dan terbiasa tidur dengan botol atau puting
Akan tiba masanya untuk anda hentikan dua benda ni, jadi kalau anak anda sudah terbiasa tidur dengan botol susu atau puting memang situasi ini akan menjadi sukar sedikit dan anak anda akan kerap terjaga pada waktu malam.
6.Kalau anak anda dah terbiasa tidur dalam buaian
Jika anak anda terbiasa dengan situasi ini, dia akan mengambil masa untuk tidur tanpa perlu berbuai. Jadi rutin untuk berjaga pada waktu malam akan menjadi kebiasaan buat sementara waktu.
7. Kalau anak tidak menyusu secukupnya sebelum tidur
Biasanya anak anda akan sering terjaga di waktu malam di sebabkan dia lapar, oleh itu pastikan anak anda menyusu secukupnya sebelum tidur kalau tak tidur anda pun akan terganggu oleh tangisan anak anda.
Oleh itu, sebelum anak anda tidur pastikan anda periksa betul-betul.
Wasalam