13 Tips Untuk Bakal Ibu Yang Rancang Untuk Berpantang Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat persediaan awal memang sangat-sangat membantu bakal-bakal ibu untuk berpantang sendiri di rumah.

Bila dah ada persediaan awal, kita akan lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Sebelum bersalin tu tanya-tanya lah orang tua, kawan-kawan yang berpengalaman, baca buku rujukan, dapatkan maklumat di internet dan sebagainya.

Mak bidan dan tukang urut pun ramai. Sekarang pun dah banyak perkhidmatan penjagaan dalam pantang. Diorang boleh tolong jagakan ibu dan baby sekali. Sediakan je wang nye ikut pakej pilihan masing-masing.

Bila dapat berpantang dengan tenang lepas bersalin, ibu pun rasa lebih gembira. Ini boleh bantu elakkan kejadian meroyan ataupun ‘Postpartum Depression’.

Kesihatan ibu pun boleh pulih dengan cepat dan baby pun boleh membesar dengan baik. Suami dan ahli keluarga yang rapat perlu pandai mainkan peranan masing-masing dalam menjaga emosi ibu lepas bersalin.  Jangan ambil mudah!

Namun begitu jangan lupa disamping buat semua perkara di atas, banyakkanlah berdoa dan bertawakal dengan harapan segala apa yang dirancangkan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Semoga tips yang saya kongsikan dapat membantu ibu-ibu merancang tempoh berpantang lepas bersalin nanti.

Cabaran berpantang sendiri ni memang banyak, jadi suami kenalah ambil tahu kerja-kerja rumah.

So saya nak share beberapa tips yang boleh puan-puan lakukan jika bercadang untuk berpantang sendiri.

1. Buat Senarai Semak
Jadikan habit dalam apa-apa perancangan sekali pun buat lah senarai semak. Senaraikan segala perkara yang terlintas difikiran. Bila buat macam ni kebarangkalian kita nak nak terlepas pandang perkara penting lebih rendah. Daripada senarai ni lah jugak lebih mudah kita nak buat perancangan kewangan, perancangan masa, susun jadual, tetapkan apa yang perlu di dulukan dan sebagainya.

2. Tentukan Susun Atur Rumah
Memandangkan anda bakal berpantang sendiri pastikan susun atur rumah anda mengikut keselesaan dan mudah untuk anda  menguruskan  diri sendiri dan baby masa pantang.
Memang lah suami ada tapi bukan setiap masa dia ada sebab dia kena kerja jugak. Jadi rancang awal-awal mana nak letak baby cot, mana nak tidur, dan macam-macam lagi.

Tujuannya supaya senang nak capai dan tak perlu susah payah banyak kali bangun dan berjalan sana-sini. Lagipun anda perlu banyak berehat dan kurangkan pergerakan sehingga luka bersalin anda sembuh. Selain tu kemas rumah sehabis boleh sebulan sebelum bersalin.

3. Sediakan Stok Makanan Beku
Boleh senaraikan apa makanan sejuk beku yang boleh di sediakan untuk stok. Ini untuk memudahkan encik suami menyediakan  makanan bila anda berpantang nanti.

Mana makanan yang boleh disediakan awal, sediakan dan pack kemas kemudian simpan dalam fridge. Boleh pack kan dalam bekas yang kecik-kecik tu. 1 pack untuk sekali makan.

Kalau dah ada anak-anak sebelum ni  lagilah banyak stok makanan yang perlu di sediakan.

4. Sediakan Stok Makanan Mentah Dan Segar
Sebelum bersalin, minta suami penuhkan peti ais dengan makanan segar yang mudah dimasak dan sesuai untuk ibu berpantang.
Contohnya ayam dan ikan dah siap cuci dan diperap, sayur sawi, lobak putih, bayam dan lain-lain.

Siapkan juga buah-buahan macam epal dan pisang. Sayur-sayuran macam salad dan tomato. Susu segar, yogurt, bijirin, seaweed, roti, jus buah dll.

Kalau suami tak sempat sediakan makan, at least tak perlu berlapar dan boleh makan makanan tanpa perlu masak dulu. Nak-nak pula kalau suami yang kerja tight schedule dan rumah pulak jauh daripada kedai-kedai.

5. Senarai Resepi
Cari, pilih dan print senarai resepi yang mudah untuk jadi rujukan suami, boleh lah suami masakkan.
Lagipun sebenarnya orang berpantang lebih baik makan makanan yang baru dimasak, bukannya yang dipanaskan semula. Simple pun OK asalkan berkhasiat, cukup zat dan seimbang.

Tapi sebolehnya elakkan makanan yang berperisa dan berpengawet serta makanan yang berangin,terlalu pedas, berminyak dan berlemak.

6. Belajar Memasak
Kalau suami memang pandai masak untung lah. Tapi bagi suami yang kurang mahir, boleh lah belajar masak makanan-makanan yang mudah contohnya nak masak sup sayur, potong buah, goreng ikan dan bakar ayam.

7. Jadual Rutin Kerja Rumah
Boleh tulis siap-siap senarai rutin harian rumahtangga untuk suami rujuk. Bukan apa, just untuk pastikan tak ada kerja rumah yang terbengkalai atau terlepas pandang.

Kalau korang ada anak-anak lain terutamanya yang dah bersekolah nak-nak pulak anak ramai, hah lagilah kena buat jadual betul-betul. Nanti karang pagi nak pergi sekolah mana baju abang, mana stokin adik. Haruu nanti.
Tapi ada kelebihannya juga kalau anak-anak dah besar dan faham bahasa. Diorang pun boleh take part buat kerja-kerja rumah. Ayah boleh bahagi-bahagikan tugas dengan anak-anak yang dah besar ni. Lagi senang!

8. Sediakan Keperluan Ibu Dan Bayi Dengan Lengkap
Barangan kelengkapan yang lengkap bagi saya sangat memberi keselesaan kepada ibu dan baby masa dalam pantang. Contohnya kalau kena bengkak susu, awal-awal standby ice pack dalam freezer. Boleh terus guna untuk legakan sakit.

Sediakan juga alatan yang memudahkan anda masa berpantang nanti.

9. Be Positive!
Banyakkan membaca, bercakap, mendengar dan melihat perkara yang positif, baik-baik dan indah-indah untuk menenangkan minda, menggembirakan hati dan membina keberanian.

Tambahkan ilmu tentang proses bersalin dan berpantang.
Sebab lagi banyak ilmu kita ada, kita akan rasa lebih yakin
dan bersedia.

Bagi yang beragama islam, anda boleh pasang ayat-ayat bacaan Al-Quran untuk didengar untuk rasa lebih tenang.

10. Kuatkan Mental Dan Emosi Dengan Amalan Rohani
Kedua-dua ibu dan ayah banyakkan amalan rohani dan selalulah berdoa semoga Allah mudahkan urusan bersalin dan berpantang. Lazimi amalan-amalan masa mengandung dan tal lupa juga solat hajat, solat taubat dan sebagainya.

Jika ada kerisauan, luahkan kepada mereka yang rapat dan arif. Banyakkan bersembang dengan orang tua kita sebab diorang selalunya akan bagi banyak nasihat berguna. Bercakap-cakap juga dengan doktor atau bidan jika ada kemusykilan.

11. Emergency Plan
Kita merancang, berdoa dan bertawakal tapi kita tak dapat elak daripada ketentuan Yang Maha Esa andai ditakdirkan terjadinya sesuatu yang kita tak jangka.
Kalau boleh buat persediaan juga daripada segi kewangan dan inform individu tertentu sekiranya perlu supaya diorang tau apa perlu buat kalau kita dilanda musibah.

12. Ilmu Keibubapaan Dan Penjagaan Bayi
Setiap kehamilan tu adalah unik. Begitu juga setiap pengalaman bersalin. Malah setiap bayi tu juga tak sama antara satu sama lain. Kalau anak sebelum ni senang je nak jaga, baby yang baru lahir ni belum tentu lagi pe’el nya macam mana.

Jadi ibu ayah walaupun dah ada pengalaman, jangan berhenti menggali ilmu keibubapaan dan refresh balik ilmu penjagaan bayi. Bila zaman berubah, daripada masa ke semasa mesti ada ilmu-ilmu baru yang kita perlu tahu. So banyakkan lah membaca dan belajar.

13. Set Bersalin Dan Ubatan
Masa bersalin kena amalkan set vitamin semulajadi lengkap untuk pemulihan dalaman dan untuk luaran. Walaupun berpantang sendiri perlu juga pakai pilis, param, peramping perut, cucian herba, mandian herba, berurut dan pakai bengkung.

Kerjasama dari suami amat diperlukan jika puan-puan nak berpantang sendiri. Jadi kena bagitau dia apa persediaan yang perlu dilakukan.

Hehe..kalau rasa artikel ni bermanfaat, kongsikan dengan ahli keluarga, saudara-mara atau sesiapa saja.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *