7 Fakta Hebat Tendangan Bayi Ketika Dalam Kandungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Agaknya mengapa bayi dalam rahim sering menendang?

Menakjubkan dan bahagia pasti dirasakan ibu hamil yang baru saja “mendapat” tendangan bayi dalam rahim pertama kali. Beberapa ibu hamil merasakan si kecil mulai menendang antara usia kandungan 16 hingga 25 minggu.

Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.

Tendangan si kecil umumnya akan terasa jika ibu sedang duduk atau sedang dalam posisi rileks.

Ada 7 fakta yang menakjubkan maksud tendangan bayi ni antaranya ialah

1. Bila Baby Saya Akan Mula Menendang

Bagi mereka yang baru bergelar ibu, biasanya mereka akan mula merasakan pergerakan bayi selewat-lewatnya 24 minggu.

Kalau ikutkan anda akan mula rasa ada pergerakan lebih awal dari itu cuma gerakannya masih belum terlalu kuat lagi dan kadang-kadang ada juga yang berpendapat ia cuma angin.

2. Tendangan bukan sekadar tendangan

Kita semua tentu tahu janin akan mula membesar dan mula bergerak di rahim. kadang-kadang tendangan itu merupakan pergerakan janin di dalam rahim ibu.

3. Bayi Menendang Sebab Rangsangan Sekeliling

Baby mungkin akan bergerak jika berlaku rangsangan dari persekitaran mereka.

Seorang bayi mungkin juga bergerak atau menendang selepas menerima rangsangan luar seperti bunyi yang terlalu kuat, cahaya atau makanan yang ibunya makan.

4. Bayi menendang setelah ibu makan

Bayi yang sihat dan membesar dengan baik dapat dilihat melalui kecepatan mereka menendang iaitu di antara 15 hingga 20 kali sehari.

Biasanya mereka akan lebih banyak menendang setelah ibunya makan.

5. Bayi mulai menendang seawal 9 minggu

Tapi tendangan itu terlalu awal bagi ibu merasakannya. Biasanya, ibu akan dapat merasakan gerakan itu selepas 18 atau 19 minggu.

Ibu yang ingin merasakan tendangan di awal kehamilan harus lebih peka.Biasanya bila dah masuk 24 minggu, tendangan tersebut akan lebih sering terjadi.

6. Jika Tendangan Kurang Aktif

Bayi yang sihat akan menendang sekitar 15-20 kali.

Bayi yang kurang menendang bukan menunjukkan ia tenang dan pendiam, tapi bayi mungkin perlukan bantuan.

Jika bayi tak bergerak selama lebih dari satu jam, walaupun ibunya makan , maka ini harus diperhatikan. Kadang-kadang, gerakan janin cenderung jadi lambat ketika kadar gula anda menurun.

7. Tendangan Kurang Aktif Tak Selalunya Menunjukkan Ada Masalah

Kadang-kadang bayi juga ingin beristirahat di dalam rahim ibunya. Dan setelah minggu ke-36 mungkin gerakan baby akan berkurangan kerana ruang yang dalam rahim ibu semakin sempit.

Jumpa di email yang seterusnya ye.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *