5 Tips Tubuh Menjadi Lebih Segar dan Muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Siapa yang tak nak kalau badan terasa segar dan rasa lebih muda kan..hehe.

Jadi saya nak share beberapa tips untuk tubuh menjadi lebih muda dan segar.

1. Tidur yang cukup


Tidur 7-8 jam sehari akan menghasilkan hormon untuk berfungsi secara normal. Hormon diperlukan untuk memperbaharui sel selama tidur.

2. Bersenam


Bersenam dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan lemak bagi mencegah obesiti. Umumnya, individu yang berbadan besar terlihat lebih tua daripada usia mereka yang sebenarnya.

3. Buah dan Sayuran


Makan sekurang-kurangnya lima bahagian buah dan sayuran setiap hari. Ini kerana buah dan sayur mengandungi antioksidan dan antikanser yang membuatkan anda kelihatan lebih muda.

4. Air


Air membantu untuk membawa oksigen ke kulit sehingga terlihat lebih muda dan sihat. Namun elakkan kafein kerana ia akan membuatkan kulit anda terhidrat dan menjadi lebih tua.

5. Hindari sinar UV dan rokok


Sinaran UV akan merosakkan kulit. Pastikan anda pakai pelembap yang mengandungi SPF untuk melindungi kulit anda. Elakkan juga terkena asap rokok kerana ia akan membawa kesan negatif kepada kulit.

Okay puan-puan , saya harap artikel ni bermanfaat untuk semua ye.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *