Tag Archives: petua awet muda

Khasiat madu lebah untuk ibu lepas bersalin

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin berkongsi khasiat madu lebah yang sebenarnya bagus untuk diambil oleh wanita dan golongan ibu seperti kita. Antara khasiat madu ialah :

  1. Membantu mengurang dan mengawal kolestero l – ini kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan (maknanya boleh bantu untuk awet muda ), juga bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.
  2. Membantu meredakan kerisauan dan kemurungan – Mengikut kajian perubatan seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail Britain, mereka yang mengambil madu sebagai supplemen atau diet tambahan boleh membantu meredakan kerisauan dan meningkatkan daya ingatan. Hmm… kalau ikut laporan ni maknanya madu memang sesuai untuk ibu selepas bersalin sebabnya, biasalah lepas bersalin pasti ada yang terkena post natal simptom seperti kemurungan. Jadi mengambil madu boleh membantu meredakan masalah ini.
  3. Membantu menyembuh luka pada tubuh – selepas bersalin sebenarnya luka yang dialami bukan sahaja pada bahagian yang di bedah (bagi kes bersalin cesarean) atau pada luka histerektomi (bagi kes bersalin normal) tetapi juga luka di bahagian dalaman badan. Jadi pengambilan madu boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Ini kerana didalam madu terdapat antibakteria semula jadi, vitamin C dan bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak.
  4. Memberi tenaga segera – Ini kerana madu membantu menambah darah dan juga selera makan selain dari glukos dan fruktos didalam madu yang memberi tenaga segera apabila diambil.
  5. Melancarkan perjalanan darah – mengambil madu dapat membantu melancarkan perjalanan darah nifas. Bagi mereka yang tidak bersalin pula, ia boleh membantu melancarkan pengeluaran darah haid.
  6. Menguatkan minda – Pengambilan madu sebagai supplemen secara berterusan boleh membantu menguatkan minda.

Jadi tidak hairanlah mengapa Islam menggalakkan umatnya mengambil madu sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang banyak.

Yang nak pergi beli madu lebah

Kak Faz