Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semua sayur ada nutrisi yang tersendiri tapi ada beberapa jenis sayur yang dikatakan membantu mempercepatkan kehamilan.
Sayuran ini secara spesifiknya mengandungi zink, asid lemak omega 3, antioksidan dan nutrisi lain yang meningkatkan kesuburan wanita, ovulasi dan kualiti telur.
1. Bayam
Bayam mengandungi zat besi, folat, dan antioksidan. Namun selain itu, bayam dapat meningkatkan kesuburan dan membuat kehamilan lebih mudah. Ambil bayam kukus, tambahkan pada sup atau boleh dimakan mentah sebagai salad.
2. Daun Bit
Daun bit juga kaya zat besi yang dapat meningkatkan potensi kehamilan. Daun bit juga kaya vitamin C dan folat, yang merupakan nutrisi lain yang diperlukan tubuh untuk kehamilan.
3. Brokoli
Brokoli dapat membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti kelebihan metabolit estrogen dalam tubuh, yang mengganggu hormon-hormon kehamilan normal.
5. Biji labu dan tiram
Biji labu dan tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung akan menganggu kesuburan pada isteri dan suami. Oleh itu, zink penting dalam menjaga kualiti telur dan juga sperma.
Ini antara sayur-sayuran yang boleh anda amalkan jika anda merancang untuk hamil.
Sampai jumpa di artikel yang lain ye.
Wasalam.