Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bagi ibu-ibu mengandung, istilah ‘Hb low’ atau ‘Hb rendah’ adalah antara aduan yang paling kerap didengari.
Dari segi perubatan, anemia berpunca daripada kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah.
Hemoglobin ini mempunyai fungsi yang amat penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
Jadi kali ini saya nak share 7 jenis makanan yang boleh bantu untuk meningkatkan Hb ini.
1. Tembikai
Tembikai adalah salah satu ‘super food’ dan makanan tambah darah yang kurang diketahui ramai. Istimewanya, buah ini kaya dengan vitamin A, vitamin A sangat berkesan meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.
2. Buah-buahan kering
Buah-buahan kering amat sesuai sebagai snek kudapan dan makanan tambah darah ibu hamil. Tinggalkan ‘junk food’ dan beralihlah kepada kismis, kurma, prun, aprikot, dan buah tin.
3. Jambu batu
Vitamin C ini akan membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C sebanyak 2 kali lebih banyak dari Vitamin C yang ada di buah oren.
4. Daging merah
Berbanding dengan daging putih dalam ayam atau burung, daging merah pada haiwan seperti kambing, kerbau, dan lembu lebih kaya dengan protein dan banyak mengandung zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3, dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil. Kesemua mineral ini mampu meningkatan hemoglobin dengan cepat.
5. Sayuran berdaun hijau
Sayuran yang mengandung zat besi yang tinggi adalah sayuran berdaun hijau terutamanya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, dan sawi juga amat membantu ibu hamil untuk mengelakkan anemia. Selain itu, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.
6. Kuning telur
Telur mengandung protein, kalsium, dan vitamin serta zat besi. Untuk kesan yang lebih baik, belilah gred telur elok dan diperkaya dengan Omega-3.
Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan tambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur 2 kali sehari.
7. Roti dan bijiran berserat tinggi
Roti dan bijirin berserat tinggi seperti beras merah memiliki kandungan karbohidrat, serat semulajadi, dan zat besi untuk meningkatkan sel-sel darah. Selain itu, menu diet seperti roti jagung, pasta, bijirin penuh serat (whole grain), ini berkesan dihidangkan kepada ibu hamil untuk menangani anemia.
Saya harap perkongsian kali ini bermanfaat untuk puan-puan semua.
Wasalam.