Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Biasanya di hujung kehamilan. ibu-ibu hamil akan mungkin mengalami ketidakselesaan. Terus bertenang agar proses kelahiran yang bakal dilalui berjalan dengan lancar.
Ada 8 cara untuk atasi ketidakselesaan di akhir kehamilan.
1. Tambah pengetahuan
Dengan adanya serba sedikit pengetahuan tentang apa yang sedang berlaku, anda tentu sahaja dapat melaluinya dengan keadaan tenang.
2. Banyakkan berjalan
Amalan ini baik untuk anda yang bakal melalui proses kelahiran tidak lama lagi. Dan jika anda nak tahu, graviti sewaktu anda dalam keadaan berdiri akan melancarkan proses bayi dalam kandungan masuk ke dalam saluran peranakan.
3. Duduk mencangkung
Sama seperti berjalan, anda digalakkan untuk kerap mencangkung. Lakukannya dengan berada pada posisi berdiri tegak dahulu, kemudian baru berubah ke posisi mencangkung. Perubahan posisi ini akan dapat mengalakkan bayi dalam kandungan masuk peranakan dengan elok.
4. Teknik pernafasan
Pelajari teknik pernafasan sejak dari awal. Anda boleh pelajari teknik ini di dalam kelas atenatal. Teknik pernafasan yang betul dapat membantu anda mengalihkan perhatian daripada rasa tidak selesa yang dialami.
5. Hubungan Intim
Hubungan bersama suami di akhir kehamilan akan membantu diri untuk mempercepatkan proses kelahiran. Hubungan yang berlaku akan merangsang prostaglandin yang terkandung dalam air mani suami akan mencetuskan kontraksi.
6. Rangsang puting payudara
Okitosin merupakan hormon yang bertanggungjawab dalam mencetuskan kontraksi. Ada pendapat yang menyatakan amalan memicit puting payudara dapat membantu untuk menrangsang kontraksi.
7. Bercakap dengan bayi
Kajian membuktikan bahwa amalan bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan sangat baik, anda boleh pujuk bayi anda perlahan-lahan untuk bersalin pada waktunya.
8. Rujuk doktor pakar
Dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang yang lebih berpengalaman iaitu doktor pakar.
Saya harap perkongsian kali ini akan bermanfaat untuk puan-puan yang bakal bersalin.
Wasalam.