BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

March 16, 2016 by Fina Affaidi

5 Tips Atasi Keletihan Semasa Hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Rata-rata ibu hamil kerap dan cepat letih ketika hamil. Ada ibu yg pada waktu pagi sangat cergas, tapi apabila waktu petang terasa letih sangat. Keletihan ini memang sinonim kepada ibu hamil.

ibu hamil penat

Tapi anda tahu kenapa ibu hamil sering letih dan apa nak buat untuk kekal cergas sepanjang hari?

Ah..ni nak share ni, tapi sebelum tu kita baca  dulu apa yang menyebabkan kita selalu rasa letih..:)

1. Di awal trismester pertama badan akan bekerja lebih keras kerana badan sedang menyediakan uri untuk bayi dalam rahim kita. Proses ini akan berakhir pada pada trimester pertama.

2. Badan juga perlu bekerja lebih untuk menyediakan nutrient kepada 2 orang.

3. Banyak tenaga diperlukan untuk bergerak akibat pertambahan berat badan.

4. Perubahan hormon yang ketara. Tahap hormon dan metabolisma berubah dengan cepat, tetapi tahap gula dan tekanan darah akan menurun.. Oleh itu ibu akan cepat berasa letih.

5. Selain itu ditambah pula denagn rasa loya-loya, muntah-muntah dan pening. Ini juga merupakan perubahan hormon dalam badan. Jadi ini juga menjadi penyebab ibu hamil bertambah letih. Ketika ini ibu hamil perlu minum lebih banyak air untuk elak daripada dehidrasi akibat muntah.

6. Tanda-tanda ini akan berakhir apabila kandungan mencecah 12 minggu dan ke atas.

Okay..yang ni baru tips macam mana nak kurangkan rasa letih

1. Banyakkan rehat seperti cuba untuk tidur sebentar pada waktu siang. Pada waktu malam pula cuba untuk tidur lebih awal.

ibu hamil tidur

2. Jika ibu menpunya anak lain, tinggalkan anak-anak kepada penjaga buat sementara agar ibu dapat berehat/tidur sebentar.

ibu hamil dengan anak

3. Pastikan ibu-ibu mengambil makanan yang berkhasiat seperti banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, susu rendah lemak, daging serta sumber karbohidrat seperti nasi, roti dan mee.
Elakkan/ kurangkan daripada makan makanan ringan dan segera seperti mee segera, keropok, jajan, coklat serta minuman berkafien dan minuman berkarbonate (air gas).

ibu hamil makan makanan sihat

4. Makan dan minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ini secara tak langsung dapat mengurangkan masalah loya dan muntah-muntah. Jika sering muntah akan memudahkan badan dimasuki angin. Dengan makan pada kuantiti yang sedikit dan kerap dapat membantu mengurangkan masalah muntah dan rasa tidak selesa.

makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap

5. Ambil supplemen atau makanan tambahan adalah sangat perlu untuk menampung nutrien yang diperlukan badan dan juga bayi dalam kandungan. Antara makanan tambahan yang diperlukan sepanjang kehamilan adalah acid folic, vitamin C serta zat besi untuk memastikan hemoglobin darah berada pada tahap yang optimum. Vitamin ini juga membantu dalam pembentukan sel darah merah. Hemoglobin dalam darah sangat penting sepanjang kehamilan untuk mengelakkan daripada anemia semasa hamil.

ibu hamil makan supplement

Okay sampai sini artikel saya kali ini ye. Harap kita berjumpa di artikel yang lain pula.

Wasalam

470-x-60-bengkung

5 Tips Atasi Keletihan Semasa Hamil by Fina Affaidi

Related posts:

  1. 5 Cara Atasi Rasa Mual Saat Hamil Secara Alami Assalamualaikum dan salam sejahtera, Mual atau loya selalu terjadi pada...
  2. 8 Tips Kurangkan Sakit Belakang Semasa Hamil Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari demi hari, perut ibu hamil...
  3. 13 Tips Atasi Anak Kurang Selera Makan Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bila anak-anak tak ada selera makan,...
  4. Mengidam?Wanita Hamil Harus Baca Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Mengidam? hehe..mengidam memang tak boleh dipisahkan...
  5. 5 Fakta Penyusuan Semasa Hamil Yang Ibu Hamil Belum Tahu Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Apa kabar ibu-ibu semua? Hari ini...

YARPP powered by AdBistro
Powered by

Filed Under: Intro , Penjagaan Semasa Hamil Tagged With: ibu hamil penat , kekal cergas ketika hamil , keletihan ketika hamil , petua hilangkan rasa penat , tips atasi penat ketika hamil

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 3 Kesan Stress Pada Bayi Dalam Kandungan
  • 5 Tips Atasi Keletihan Semasa Hamil
  • Petua Merawat Demam Dan Selsema Secara Semulajadi Tanpa Ubat
  • Bengkung Tak Berlipat Apabila Di Pakai..Bengkung Moden
  • Elak Ambil 9 Jenis Makanan ini Semasa Penyusuan Bayi

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • Fina Affaidi on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Lala on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • fazidah on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • atul on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • Fina Affaidi on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org