BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

July 27, 2015 by Fina Affaidi

5 Tips Mudah Ajar Anak Menabung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Oh ye! belum terlambat lagi kami nak ucapkan selamat hari raya kan..hehe..minta maaf zahir dan batin ye. Macam slogan kat astro tu kosong-kosong.

Musim raya ni yang paling gembira mesti anak-anak kita kan. Mana tak nye, masa raya ni lah dorang ni dapat kumpul duit raya. Tapi takkanlah semua duit yang dorang dapat tu nak dihabiskan, jadi saya nak share beberapa tips mudah yang boleh anda ajar kepada anak-anak anda supaya mereka belajar untuk menabung duit raya tersebut.

Kadang-kadang kanak-kanak ni belajar dengan pemerhatian mereka terhadap ibu bapa, jadi anda kenalah tunjuk kepada mereka yang anda juga menabung dan tak boros..:)

Tips-tips nye ialah:

1. Ajar anak anda untuk berjimat cermat

2. Sediakan dompet atau beg kecil yang comel

3. Berikan hadiah tabung

4. Tunjukkan anda juga seorang penyimpan wang yang hebat

5. Ceritakan kisah-kisah kejayaan individu yang berjaya dalam bidang kewangan

Harap bermanfaat ye tips-tips ini..:)

Wasalam

470-x-60-bengkung

Filed Under: Tips dan Petua Anak Cemerlang , Tips Dari Media Sosial Tagged With: anak belajar menabung , anak dan tabung , anak kecil menabung , anak menabung , anak simpan duit , manfaat anak menabung , petua anak berjimat

July 9, 2015 by Fina Affaidi

7 Tips Beraya Dengan Anak-Anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tinggal beberapa hari je lagi untuk kita menyambut hari raya kan..pasti agak mencabar jika kita berkunjung ke rumah rakan, sanak saudara dengan anak-anak kan kan, tambah lagi jika anda ada baby kecil lagilah kena buat persediaan sebelum pergi berkunjung ke rumah orang.

Sebagai ibubapa, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa pergi beraya bersama anak-anak kita.

Jom kita baca beberapa tips yang perlu anda ambil tahu. [Read more…]

Filed Under: Tips Dari Media Sosial Tagged With: anak kecil dan hari raya , petua bawa anak anda ketika berhari raya , petua beraya , tips beraya

July 1, 2015 by Fina Affaidi

15 Perkara Perlu Di Elak Bila Lawat Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bila kita dengar tentang kawan-kawan yang baru melahirkan anak, pasti berita ini akan membuatkan kita rasa teruja pergi melawat kan.


Tapi anda tahu tak bagi pasangan yang baru menjadi ibubapa ini, mereka akan mudah rasa letih. Memanglah dorang gembira, terharu dan bangga dan nak share kan perasaan itu dengan anda . Tetapi kebanyakannya akan cepat rasa letih lepas melalui proses kelahiran.

Jadi jom kita tengok beberapa perkara yang mereka tak mahu anda lakukan ketika melawat bayi mereka yang baru lahir (tetapi mungkin tidak akan beritahu anda kerana takut perasaan anda akan tersinggung ):

1. Elak dari merokok sebelum datang melawat
Sesetengah hospital akan meminta tetamu yang merokok untuk memakai gaun hospital atas pakaian mereka sebelum dukung bayi. Bukan apa ini disebabkan oleh baki asap rokok masih wujud pada pakaian , rambut dan nafas anda, ianya tidak baik untuk kesihatan. Ketika melawat bayi yang baru lahir , pastikan anda memakai pakaian bersih dan kalau boleh elakkan merokok sebelum masuk jumpe bayi baru ni ye.

2. Elak minum minuman panas masa dukung bayi
Tidak ada yang lebih menakutkan daripada membayangkan anda sedang menghirup teh panas sambil mendukung bayi. Malang kan tak berbau, bahaya jika air teh tiba-tiba terjatuh dan tersimbah pula pada bayi yang anda sedang dukung.

3. Andaian ibubapa yang dah ada anak untuk bawa anak mereka sekali ketika melawat
Seorang ibu yang baru melahirkan akan merasakan yang dia sedang melalui dunia yang baru baginya dan setiap saat mestilah mereka nak luangkan lebih banyak masa dengan bayi baru ni kan. Tidak kira lah jika anak anda berkelakuan baik tapi lebih baik jika anda tak bawa anak anda dulu masa melawat bayi baru ni ye.

4. Datang lewat
Macam yang ada tahu, ibubapa baru ini letih. Ye lah, masa tidur yang berubah, jaga bayi dan macam-macam lagi, jadi jika anda nak lawat bayi jangan lah datang lewat daripada masa yang dijanjikan. Kesian ‘new parents’ ni tunggu anda, jika ada datang lewat sekalipun bagitau lah mereka ye tak lah dorang tertunggu-tunggu kehadiran anda.

5 : Basuh tangan sebelum pegang baby
Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi mungkin ada kuman yang anda tak nampak. Ingat balik apa yang anda dah sentuh sejak kali terakhir anda membasuh tangan dan kemudian bayangkan jika kuman-kuman ini akan berpindah kepada bayi yang anda akan lawat. Bayi baru ni masih belum mempunyai sistem imun yang kuat lagi, jadi potensi mereka dijangkiti amatlah tinggi.

6 : Kejutkan bayi yang sedang tidur
Bayi yang baru lahir perlukan tidur sebanyak 18 jam sehari, dan masa tidur ini adalah benar-benar penting untuk perkembangan mereka. Bukan itu sahaja, ibu bapa mungkin baru menghabiskan satu jam atau dua menenangkan bayi mereka menangis dan akhirnya bayi mereka tidur. Jadi janganlah kejutkan bayi yang sedang tidur masa anda melawat mereka nanti ye.

7 :Lawat bayi ketika anda tak sihat
Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada sakit, tetapi anda boleh membatalkan niat anda untuk melewat bayi baru. Macam yang saya bagitahu tadi lah, bayi yang baru lahir ni masih terlalu awal untuk melawan sebarang virus yang menyerangnya.

8 : Mendesak untuk dukung bayi
Yang ni mungkin agak pelik, tapi kalau boleh janganlah desak nak dukung bayi. Mungkin pada pendapat anda, anda nak ringankan tugas si ibu dengan membantunya dukung bayi tu kejap tapi mungkin juga ibu tersebut sedang tunggu untuk susukan bayi dia ke? atau dia pun baru mendukungnya selepas tetamu sebelum ni balik.

9 : Tetap dukung bayi walaupun bayi dah menjerit menangis
Apabila bayi menangis, sudah tiba masanya untuk menyerahkan mereka kembali kepada ibu bapa mereka . Bayi itu mungkin lapar atau rindukan bau ibu mereka, ye lah kan bayi lagi yang mereka kenal pun cuma bau ibu bapa mereka. Jadi kalau bayi tu dah start nak menangis berikan lah kepada ibubapa mereka semula, jangan lengahkan lagi sehingga bayi tu menjerit menangis

10 : Meninggalkan sisa kotoran
Bila anda nak balik lepas melawat baby baru tu, kalau boleh bantulah kemaskan balik sisa kotoran yang mungkin anda tinggalkan contohnya cawan atau gelas yang kotor letak dalam sinki atau kertas pembalut makanan atau gula-gula buanglah di tempat yang sepatutnya ye..

11 : Menatap semasa ibu sedang menyusukan bayi
Penyusuan adalah rumit , terutama pada mulanya. Ibu baru dan bayi baru kedua-dua pembelajaran kemahiran baru, dan mungkin akan kelihatan kekok sedikit walaupun pun bukan semua mengalami masalah yang sama. Tetapi beberapa ibu-ibu baru ini akan merasa tertekan apabila orang lain yang hadir . Kalau lah ternampak pun jangalah dok pandang je ye..alihkan lah pandangan anda agar si ibu selesa untuk menyusukan bayi mereka yang sedang lapar.

12 : Mengabaikan waktu bayi nak makan
Jika anda tidak mempunyai anak lagi, anda boleh dimaafkan kerana tidak mengetahui isyarat makan yang ditunjukkan oleh bayi yang baru lahir . Bayi menangis apabila mereka lapar , tetapi ia bukan perkara pertama yang mereka akan lakukan, biasanya mereka akan menangis bila si ibu lewat memberikan mereka susu. Pada mulanya , bayi mula untuk mencari puting , meletakkan jari mereka di dalam mulut mereka, dan menjadi resah. Tingkah laku ini adalah petunjuk pertama bahawa bayi lapar , apabila bayi mula menangis dan kecewa. Jika anda mengesan sebarang isyarat macam ni, cepat-cepat lah bagi pada ibu ye.

13: Memberikan nasihat yang tidak diminta
Jika ibu bapa baru ini meminta nasihat , hebat , takda masalah jika nak bagi pun tapi kalau tak diminta sebab kadang-kadang mungkin mereka akan jadi rimas bila dengar banyak sangat nasihat. Tentunya sebelum ini mereka dah dengar dari ibu mereka, ibu mertua mereka atau ahli keluarga yang lain..hehehe..tapi kalau pasangan ni minta nasihat bolehlah anda berikan ye.

14: Masa melawat yang lama
Sebagai peraturan umum, dua jam adalah yang paling lama untuk buat lawatan tapi ada juga yang lebih selesa jika lawatan itu dalam masa yang singkat.

15: Mengharapkan layanan lebih dari tuan rumah
hehe..yang ni kena faham-faham lah kan.Ye lah ibubapa baru ni mungkin penat dan si ibu pun masih dalam berpantang jadi kalau nak hidang macam-macam tu kesian lah pada si ibu kan..tapi apakata kalau anda yang offer diri untuk buat minuman ke atau anda bungkuskan makanan dan makan bersama ke? iye nya akan lebih membantu kan

Akhir sekali, semua ibu dan bapa adalah berbeza dan menghargai pelbagai sokongan keluarga dan rakan-rakan. Walaupun senarai ini ada yang anda rasakan tak betul tapi ia mungkin ada benarnya kan.. macam yang kita tahu ibu bapa yang baru menimang cahayamata ini akan merasa penat selepas melalui tempoh kelahiran.

Wasalam

Sumber artikel : 15 Things To Avoid When Visiting A Newborn Baby

Filed Under: Intro , Tips Dari Media Sosial Tagged With: baby baru lahir , perkara perlu elak bila lawat baby , petua lawat bayi baru lahir , tips lawat bayi baru

June 18, 2015 by Suha Jalil

20 Cara Membantu Anak Anda Ketawa – Part 2

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Hari ni kita sambung lagi dengan part 2 untuk 20 cara membantu si kecil ketawa.

[Read more…]

Filed Under: Tips Percuma Untuk Ibu Tagged With: bayi anda , bayi ketawa , bayi ketawa sendiri , cara buat bayi ketawa , suara bayi ketawa , tips untuk bayi anda

June 16, 2015 by Suha Jalil

20 Cara Membantu Anak Anda Ketawa – Part 1

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Si kecil sukar untuk ketawa?

Pasti kita tercari-cari cara untuk membuatkan si kecil ketawa besar?

Jom, rangsangkan si kecil untuk belajar ketawa.

Disini ada beberapa idea untuk mama-mama mencuba pada si kecil masing-masing:

[Read more…]

Filed Under: Tips Percuma Untuk Ibu Tagged With: bayi anda , bayi ketawa , bayi ketawa sendiri , cara buat bayi ketawa , suara bayi ketawa , tips untuk bayi anda

  • 1
  • 2
  • 3
  • …
  • 30
  • Next Page »

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • Bengkung Moden..Bantu Pergerakan Dan Sokong Tulang Belakang Saya
  • 5 Langkah Kurangkan Anak Terlebih Manja Dan Kuat Melawan
  • Bengkung Moden Selesa, Tak Perlu Bongkok-bongkok
  • 7 Aktiviti Untuk Bantu Perkembangan Bayi Anda
  • Bengkung Moden..Tak Belipat Dan Mudah Digunakan

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • atul on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • Fina Affaidi on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • Arieffa on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • tini on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Fina Affaidi on Sup ketam untuk tambah susu ibu

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org