5 Fakta Penyusuan Semasa Hamil Yang Ibu Hamil Belum Tahu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Apa kabar ibu-ibu semua? Hari ini saya nak kongsikan artikal mengenai fakta penyusuan semasa hamil yang saya petik dari majalah Pa&Ma.

Ada 5 fakta yang dikemukakan disini tentang penyusuan ketika sedang hamil :

1. Dapatkan maklumat- Anda perlu faham bahawa susu bukan sumber tenaga utama byi selepas usianya 6 bulan. Jika anda hamil semula selepas usia anak melebihi 6 bulan, anda tak perlu risau tentang zat pemakanan si kecil. Penyusuan tetap diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua-dua belah pihak. Sementara itu, anda perlu tahu bahawa penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan risiko keguguran.

2. Puting sakit- Hal ini terjadi kerana putting menjadi lebih lembut dan membesar semasa hamil sebagai persediaan untuk menyusukan anak di dalam kandungan setelah dia dilahirkan kelak. Anda boleh alihkan perhatian terhadap rasa sakit dengan melakukan perkara seperti menyusu sambil membaca atau menonton televisyen. Anda perlu maklum bahawa rasa sakit yang dialami sebenarnya akan membuatkan putting lebih “kuat” untuk penyusuan selepas bayi lahir nanti.

3. Posisi yang selesa- Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, anda perlu menyesuaikan diri dengan beberapa jenis posisi penyusuan mngikut keselesaan. Lazimnya, posisi mengiring dan pada masa yang sama letakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin dapat membantu anda kekal selesa semasa menyusu.

4. Nikmati momen indah- Tangan si kecil yang meraba bahagian tubuh anda semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang penyusuan si kecil. Walaupun sedang menyusu, berkomunikailah dengannya. Beritahu dia bahawa anda sedang mengandungkan adiknya di dalam perut. Biarpun masih kecil, dia dapat memahami apa jua yang anda perkatakan kepadanya. Dengan yang demikian, ia dapat mengurangkan perasaan cemburu abang/kakak kepada adiknya.

5. Tanam azam- Penyusuan kepada anak sedia ada kala sedang hamil adalah selamat. Selepas anak dalam kandungan dilahirkan, teruskan penyusuan. Kedua-dua keadaan ini dikenali sebagai tandem nursing . Anda boleh menyusukan kedua-dua anak (atau lebih). Tanamkan azam untuk melakukannya sejak daripada awal setelah disahkan hamil. Tendem nursing bagus kerana ia membantu anda mengurangkan risiko bengkak susu di mana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk mengosongkan payu dara.

Wasalam.

5 Fakta Penyusuan Semasa Hamil Yang Ibu Hamil Belum Tahu by