5 Rahsia Anak Genius Dengan Susu Ibu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Otak bayi berkembang dengan pesat semasa dua tahun pertama kehidupannya dan ternyata ia waktu yang amat penting dalam perkembangan dirinya. Kebanyakan kajian menyatakan bahawa lebih lama dan lebih kerap ibu menyusukan anak dengan susu ibu, anaknya akan menjadi lebih bijak.

Kenapa? Berikut adalah beberapa sebab kenapa ibu perlu terus menyusukan anak dengan susu ibu sehingga usia dua tahun atau lebih.

smart-baby

5 Rahsia Percuma Anak Genius Dengan Susu Ibu

1. Lemak genius

child's head (thinking)

Terdapat “lemak genius” di dalam susu ibu yang dinamakan sebagai asid lemak omega-3 atau turut dikenali sebagai DHA. DHA memiliki fungsi penting dalam pembentukan otak, retina mata dan sistem saraf pusat. DHA di dalam sel tubuh bayi membantu bayi untuk mengkoordinasikan mata dan tangan, mengembangkan kemampuan motorik serta meningkatkan fokus, DHA juga membantu bayi untuk tidur lebih nyenyak, meningkatkan memori dan kemampuan berfikir anak, menyokong perkembangan retina dan menguatkan fungsi visual dan dapat meningkatkan kemampuan belajar dan fungsi kognitif otak anak.

2. Tidak obes

obes2

Secara keseluruhannya, bayi yang disusukan selama dua tahun pertama dan dilanjutkan tempoh penyusuannya adalah lebih sihat dan kurang berisiko untuk menjadi seorang yang obes. Bila tidak obes, anak akan membesar lebih sihat, cerdas dan aktif.

3. Mata sihat

4GHQBICASTGYHICAIR1SMQCA8FALRDCA5NJRJQCAMVWKTKCALW7RGQCALGEYZTCA07O2QUCARBCYHYCAXQPIYLCA6PCM8SCA

Anak juga akan mempunyai mata yang lebih baik berikutan perkembangan otaknya yang bagus.

4. Daya pendengaran baik

Baby's ear

Daya pendengaran anak yang menyusu susu ibu juga adalah lebih baik berikutan kurangnya risiko jangkitan telinga.

5. Kulit lembut dan halus

Naked_baby-7335_36COMPrintink-3

Paling menarik, kulit bayi yang menyusu susu ibu lebih lembut dan halus berbanding yang langsung tidak menyusu susu ibu.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapat lima kebaikan tersebut secara percuma ya ibu-ibu. Teruskan menyusukan anak selagi dia tidak menolaknya.

Wassalam.

470-x-60-bengkung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *