Bertungku…Bukan Semasa Berpantang Sahaja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tungku jangan tak tungku..;)

Hari ini saya nak share pasal bertungku dan kebaikan bertungku untuk all women kat luar sana ye.

Bila kita dengar tentang bertungku ramai yang kaitkan tungku dengan wanita lepas bersalin.

Ye memang betul tu, tungku memang sangat disarankan untuk mereka yang lepas bersalin tapi untuk yang tak bersalin pun boleh juga amalkan amalan ini.

Sebenarnya bertungku mempunyai banyak kebaikan. Antaranya bertungku elok untuk membetulkan perjalanan darah, memanaskan badan si ibu serta merawat beberapa penyakit. Malah ia juga dapat memecahkan darah beku.

bertungku

Dari dulu lagi memang saya dah bertungku, kalau dulu bila datang bulan je, mak mesti suruh bertungku sebabnak buang angin dan juga darah kotor serta lancarkan pengaliran darah dalam rahim. Jadi kuranglah rasa sakit perut tu.

bertungku
Ok.. berbalik pada cerita tungku tadi kan…. Kalau dalam masa tempoh berpantang…. salah satu sebab utama bertungku ialah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugat kesihatan. Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan.

Selalunya bertungku dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan di waktu petang sebelum mandi selama 45 minit.

Bagi yang bersalin secara pembedahan, tunggulah luka anda pulih sebelum menjalani rawatan bertungku.

Bertungku boleh dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari (bawah pusat dan di atas perut iaitu bawah payudara).

Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku. Bertungku ni penting kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

tungku di kaki

Untuk yang dalam pantang, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku, ia boleh diteruskan hingga habis pantang.

Bagi wanita lain yang dah selesai berpantang… atau masa pantang tak tungku sangat… or tak bertungku langsung… wanita yg belum kahwin pun… boleh jer gunakan tungku ni… Tapi kena rajin ler… sambil baring2 pun leh tungku… Aper yang best nyer???

Bertungku juga dipercayai dapat:

  1. memecahkan lemak
  2. mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin
  3. mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal
  4. Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua

Bahagian badan lain yang perlu di tungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak, belakang badan dan belikat.

PERINGATAN : Jangan letak tungku di tengah perut.

Bertungku juga membantu kita mengurangkan lemak di bahagian perut. Bertungku lah selama 1/2 jam pagi dan petang. Yang nak perut slim tu.. bleh ler amalkan tungku di bahagian perut.. klu dah rasa perut tu bertingkat2 mengalahkan rumah flat… hihihihii

Jadi sampai sini dulu artikel saya kali ini ye.

Wasalam

470-x-60-bengkung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *