Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Bila dalam pantang pasti kita akan dengar tentang pakai bengkung, bertungku, minum air kunyit, makan jamu selepas bersalin memang ramai yang dah tahu.
Jadi kali ini saya nak share sedikit info yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk untuk ibu yang dalam berpantang cara-cara penjagaan yang betul.
1. Cara betul ibu bersalin tidur
Tidur dengan bantal yang tinggi supaya darah kotor tak naik atas kepala dan jauhkan diri dari sakit kepala. Kemudian kaki rapat dan lurus supaya peranakan cepat pulih dan vagina jadi sempit semula dan luka cepat sembuh. Jangan sesekali pandang remeh ye perkara ini. kalau silap cara tidur peranakan mungkin akan lambat sembuh dan kepala selalu sakit. Selain cara tidur ada lagi perkara yang sebaiknya dibuat tapi selalu diabaikan ibu sewaktu dalam pantang terutamanya ibu yang baru sahaja menimang cahayamata jadi kurang pengalaman sikit.
2. Pakaian dalam pantang
Pakai baju lengan panjang terutama waktu pagi dan malam supaya angin sejuk tidak masuk ke tulang yang boleh mengakibatkan sakit tulang di usia tua. Sentiasa berstoking supaya kaki sentiasa panas dan badan tidak masuk angin.
3. Dandanan Rambut
Rambut kena ikat tinggi dan ketat supaya angin meroyan tak naik ke kepala. Jika tidak jaga, ibu akan mendapat sakit gila meroyan atau mata cepat rabun. Boleh juga sapukan minyak zaitun untuk menyegarkan kulit kepala dan
menghilangkan rasa pening.
4. Berbedak
Bukan bedak kompak ya. Ini bedak bedak sejuk yang dicampur ragi tapai. Cara membuatnya ambil sebuku ragi tapai,hancurkan dengan sedikit bedak sejuk, kemudian campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada seluruh
badan,jangan terlalu tebal atau terlalu nipis selepas mandi pagi atau sebelum sarapan. Tujuan berbedak untuk mengelak angin masuk badan dan menegangkan semula kulit.
5. Pilis
Nak berbedak pun malas inikan pula meletakkan pilis di dahi. Ramai yang rasa rimas menggunakan pilis padahal ia baik untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Ia dapat mengurangkan masalah gelap mata yang biasanya dialami ibu yang lepas bersalin.
Melihat senarai pantang ibu bersalin memang rasa remeh untuk dibuat, apatah lagi kalau berpantang sendiri yang pada masa sama kena jaga bayi. Tapi cuba untuk ikut aturan ini kerana ia untuk kebaikan dan kesihatan diri ibu juga.
Ini adalah untuk kebaikan ibu tersebut dimasa hadapan juga. Sampai sini dulu artikel saya kali ini ye,nanti kita jumpa lagi.
Wasalam.