Tag Archives: ibu selepas bersalin

5 Cara Berpantang Yang Betul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bila dalam pantang pasti kita akan dengar tentang pakai bengkung, bertungku, minum air kunyit, makan jamu selepas bersalin memang ramai yang dah tahu.

Jadi kali ini saya nak share sedikit info yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk untuk ibu yang dalam berpantang cara-cara penjagaan yang betul.

Continue reading 5 Cara Berpantang Yang Betul

10 Perkara Yang Ibu Tak Sabar Nak Buat Lepas Bersalin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kali ini saya nak share artikel tentang 10 perkara especially untuk ibu yang sedang hamil di luar sana.

Selepas melalui pelbagai pantang larang sepanjang sembilan bulan mengandung, ibu tentu gembira bila dah melahirkan anak nanti kan.

Lepas tu jangan lupa pula anda kena lalui tempoh berpantang pula..hehe

Mesti anda tak sabar nak kembali kepada ‘life’ sebelum mengandung dulu kan. Jadi jom kita baca apa yang mungkin ibu-ibu hamil tak sabar nak buat selepas mereka bersalin.

selepas bersalin

1. Tak perlu kerap ke tandas

Kekerapan membuang air kecil yang sinonim dengan ibu mengandung menjadi sejarah bagi anda. Jadi bila dah lepas bersalin dan berpantang ni boleh pergi toilet macam biasa je dah tak sekerap dulu lagi.

2. Selamat tinggal loya dan mual

Tak perlu lagi bawa plastik dan tisu sepanjang masa dalam beg tangan. Anda pun dah tak sensitif dengan persekitaran anda lepas ni.

3. Dah boleh baring telentang

Ahh…rasa selesa sangat sebab boleh baring telentang tanpa perlu memikirkan perut yang besar. Kalau masa mengandung susah nak tidur telentang tapi kini tak perlu asyik nak mengiring sebelah kiri atau kanan sahaja kan.

telentang

4. Boleh makan tanpa sekatan

Kini masanya untuk anda menikmati menu makanan yang dilarang semasa mengandung seperti makanan laut. Dulu semuanya kena fikir tentang keselamatan bayi dalam kandungan dan diri sendiri yang tengah mengandung kerana bimbang berlaku jangkitan kuman dan sebagainya tapi sekarang tak bimbang lagi.

women eat seafood

5. Boleh pakai kasut tumit tinggi

Tak sabar nak sarung kembali koleksi kasut tumit tinggi yang sembilan bulan ‘terperam’ dalam kotak kasut tu kan. Kini anda dah boleh kembali bergaya dengan kasut tinggi.

6. Kembali aktif bersenam

Bagi ibu yang aktif bersenam seperti aktiviti jogging, zumba, aerobik, badminton dan lain-lain sebelum mengandung bolehlah kembali kepada aktiviti anda semula selepas ini.

7. Berjalan laju dan berlari

Kalau dulu selalu kena tinggal dengan kawan-kawan yang tidak mengandung bila anda keluar bersama. Maklumlah ‘mak buyong’ jalan perlahan sebab perut besar. Sekarang anda sudah bebas boleh jalan laju bahkan berlari kalau nak cepat.

8. Pakai jeans lama

Hah, yang ni satu kepuasan bila dapat menyarung kembali seluar jeans lama tanpa masalah. Itu maksudnya anda tiada masalah perubahan berat badan selepas bersalin. Ia satu pencapaian menakjubkan bagi ibu selepas bersalin!

9. Minum kopi

Bagi penggemar kopi, tentu tidak sabar hendak kembali menghirup kopi bila-bila masa diingini. Masa mengandung, kenalah kawal pengambilan minuman berkafein demi keselamatan bayi dalam kandungan.

10. Bebas alahan

Masa mengandung ada ibu yang alah kepada beberapa alatan solek seperti bedak, lipstik, krim muka dan sebagainya. Tapi kini ibu sudah boleh kembali melaram sebab dah takde masalah itu semua.

Sampai sini dulu perkongsian artikel saya ye.

Sumber artikel : http://pama.karangkraf.com/famili/mama/10-perkara-lepas-bersalin-yang-ibu-tak-sabar-buat-1.421403

Wasalam

470-x-60-bengkung