Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Macam-macam petua dan cara kita dengar atau baca tentang cara untuk mudah tidurkan bayi waktu malam. Ada bayi yang jenis senang tidur, ada pula yang kerap terbangun dan menangis.
Memastikan bayi tidur lena memang salah satu tugas sukar sebagai ibu bapa. Sebenarnya tak ada satu pun cara yang betul dan sesuai untuk semua bayi. Anda kena cuba sendiri beberapa teknik sebelum menemui cara paling berkesan pada bayi anda.
1. Sejak dalam tempoh berpantang, ajar bayi anda untuk tidur berjadual, maksudnye ikut kitaran dan waktu dia makan. Bagi makan dan terus tidur.
2. Jika menyusu jangan ngempeng lama-lama, jika bayi anda dah tidur, masukkan jari kelingking ke dalam mulut baby dan keluarkan puting dari mulut bayi, kemudian letak dia atas tilam. Kalau bayi anda terjaga, tepuk slow dan bolehlah berzikir. Tak perlu susukan balik nanti dia terbiasa asyik mengempeng je.
3. Tak perlu buaian, rocking chair…maksudnya tak perlu lah nak buai-buai atau tepuk punggung bayi dia tersedar. Sebab sekali kita dah biasakan dia, dia akan mula terbiasa, nanti susahlah kalau nak mengusung buaian ke sana ke mari.
4. Berzikir juga boleh bantu untuk tidurkan bayi anda. Masa susukan bayi pun boleh amalkan, bila bayi anda dah tertidur anda boleh selawat, doakan yang baik-baik kemudian hembuskan di ubun-ubun nye.
5. Yang ni nampak kejam sikit sebab bila bayi kita terbangun anda kena buat tak tahu sahaja. Percayalah, bayi anda akan tidur semula. Selai tu anda boleh juga tenung mata dia dan cium atau urut perlahan pangkal mata atau di dahinya untuk dia terlena semula.
6. Pastikan suasana yang selesa, sedap tidur. Anda boleh juga pasang ayat-ayat al quran atau zikir. Tapi sebelum tu make sure lampin dia tukar dan perut dia dah kenyang..hehe.
Pastikan anda latih anak anda dari awal lagi ye.
Tak kisahlah cara atau teknik apa pun yang anda gunakan untuk memastikan bayi tidur lena. Yang penting anda mesti tahu bayi perlu cukup tidur berkualti kerana ia bagus untuk perkembangannya.
Wasalam.