Assalamualaikum dan salam sejahtera
Senggugut sering menganggu wanita apabila sampai kitaran haidnya setiap bulan. Ia adalah fenomena semulajadi yang biasa dalam hidup wanita. Rasa sakitnya boleh sama ada biasa-biasa atau sakit yang melampau.
Tanda-tanda senggugut yang boleh dilihat pada kebiasaanya adalah rasa kesakitan yang melampau sekitar bawah perut (pelvis), bahagian ari-ari sehingga membawa ke pinggang.
Senggugut boleh terjadi sama ada ketika fasa haid bermula pada hari pertama atau ia boleh datang beberapa hari lebih awal sebelum itu.
Terdapat beberapa cara untuk hilangkan sakit senggugut yang berkesan dan boleh diamalkan. Tetapi dalam artikel ini, saya ingin kongsikan cara menghilangkan senggugut tanpa penggunaan ubat tahan sakit atau painkiller.
Petua 1
Ambil 9 biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang dan kemudian ditumbuk hingga halus.
Campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2
Ambil sengenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam.
Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.
Petua 3
Semasa sakit, minumlah air teh pahit tanpa gula
Petua 4
Bantal panas atau “heat pad” boleh membantu mengurangkan sakit senggugut. Ia juga mengurangkan kejang otot.
Tekapkan ‘heat pad’ pada perut sambil berbaring.
Petua 5
Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan dapat menenangkan fikiran.
Petua 6
Campurkan sedikit air limau nipis dengan kunyit yang telah ditumbuk.
Jadikan ia segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.
Petua 7
Ambil kulit kayu manis kira-kira 40gram, lima keping kulit limau nipis atau limau purut dan rebus.
Amalkan meminumnya segelas setiap malam tiga hari sebelum haid.
Petua 8
Buah petola juga baik untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ia boleh diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan yang berasaskan petola. Amalkan memakan petola seminggu sebelum datang haid.
Petua 9
Minum secawan teh hijai. Menurut pakar kesihatan, teh hijau tinggi kandungan fenolat, yang boleh mengurangkan senggugut.
Petua 10
Lemon membantu mengurangkan pendarahan, kesakitan dan bengkak yang berkaitan dengan haid.
Minum 2-3 jus lemon yang dicampur dengan air sejuk pada setiap hari semasa tempoh haid anda.
Harap tips dan petua ini dapat mengurangkan sakit senggugut yang dihadapi, jika ia berlarutan segeralah rujuk kepada pakar ye.
Wasalam.